Thursday, January 19, 2012

Crunchy Brittle Bar



Coklat jenis ni ramai yang suka. Yang ini resepi Beryls tapi Colatta chocolate compound pun jadi gak.

Bahan-bahan
200gm milk compound Beryls
25gm hazelnut paste (any paste pun ok gak dan akan jd rasa lain je ... aku gantikan dgn peanut butter krn itu je yg senang cari)
60gm cornflakes - hancurkan
20gm cranberries/apricot/kismis

  1. Cairkan chocolate
  2. Angkat dan masukkan hazelnut paste. Kacau
  3. Tunggu 34-37c dan masukkan cornflake dan cranberris dan kacau
  4. masukkan dalam mould bentuk bar (jk tak ada, apa2 bentuk pun tak pe)
  5. Masukkan dalam peti sejuk hingga keras

Monday, January 9, 2012

Beryls - Naked Ganache Chocolate


Resepi ni dari Chef Luqman, demontrator dari Beryls juga. Inilah naked ganache chocolate, first time aku buat tak jadi......Resepi beryls ni x sesuai untuk colatta product rupa-rupanya.... very simple resepi dan mudah. Namun, bila dah silap buat, coklat tak keras2, lembik aje wpun dah lama dah peti sejuk...huhuhuhu...


Resepi Ganache
Cara 1
100g whipping cream (milk fat : 35.1%)
200g Beryls milk compound

atau
Cara 2
100g whipping cream
300g Beryls white compound

  1. Double boil whipping cream (jgn sampai mendidih)
  2. angkat dan masukkan milk chocolate / white chocolate
  3. kacau hingga chocolate cair

Beryls - Naked Ganache Chocolate
  1. masukkan ganache dalam loyang atau sediakan 4 batang rod. Alaskan dulu kertas minyak
  2. masukkan dalam peti sejuk untuk keraskannya
  3. taburkan serbuk coklat sebelum ganache keras
  4. untuk memotong, panaskan pisau ke dalam air panas dan lap hingga kering
  5. potong ganache 4 segi

Note: Ganache tahan selama 1 minggu sahaja

Sunday, January 8, 2012

Beryls - Heart Shape Dark Chocolate


Resepi ni dari Chef Luqman, demontrator dari Beryls. Sesetengah resepi dari Beryls hanya sesuai untuk produk Beryls sahaja. Ini kerana, aku telah mencuba resepi naked ganache chocolate, hasilnya tak menjadi bila aku guna Colatta produk... (sori Collatta.... Collatta kena kasi resepi untuk aku try lak...baru tau hasilnye....hihihi)

Filling:
215gm almond paste or any paste or peanut butter
140gm milk compaund beryls gourmet
30gm Nestum

  1. Cairkan milk choc (suhu 45-50c)
  2. Angkat dan lapkan wap air pada permukaan bawah bekas coklat yg dicairkan
  3. Sejukkan dalam suhu 34-37c.
  4. Masukkan almond paste dan kacau sebati
  5. Masukkan nestum dan kacau sebati

Cover / kulit
  1. Double boil dark choc
  2. Panaskan sebentar polycarbonate mould dengan menggunakan heat gun
  3. Lapkan polycarbonate mould dengan microfiber cloth bertujuan mengilatkan coklat. Boleh pipekan sedikit white choc or serbuk gold
  4. Masukkan coklat dalam mould
  5. Ketukkan mould untuk buang bubble dalam coklat
  6. Tuang/keluarkan coklat dari mould dan biar setebal 2mm
  7. Telangkup mould dan biarkan sejuk
  8. Buang lebihan2 tepi shape agar rata
  9. masukkan filling lebih kurang 2/3.
  10. ketuk lagi dan sejukkan dalam peti sejuk dalm 5 minit
  11. Keluarkan dari peti sejuk dan cairkan sedikit coklat menggunakan heat gun
  12. Masukkan coklat cair utk tutupkan filling.
  13. Ketuk lagi dan masukkan dalam peti sejuk

Perkakasan Untuk Membuat Coklat

Batu Marmar/Granite (kemestian to handle converture)

Pemanas electric coklat

Thermometer digital

Plastic pindah corak (transfer sheet)

Plastic scrapper

Mangkuk besi

Periuk double boiler

Sudu

Coklat dipping fork

Wire cooling rack

Polycarbonate chocolate mould

Scrapper besi

Palette knife (cranked)

Berus pastry

Ruler

Pisau chefs

Kertas silicon/kertas minyak/parchement paper

Gunting

Heatgun/hair dryer

Kain kapas/microfiber cloth

plastic Glove / cotton glove (untuk pegang coklat semasa susun)


Sumber: Beryl’s Chocolate and Confectionary Sdn Bhd. , Kelas Coklat di Rakan Semenyih pada 7 Jan 2012

Perbezaan Coklat kouvertur (Couverture) dan Compound (Imitation)

- Coklat dikenali "lingo" dalam bahasa chef.
-
Kouvertur adalah coklat yang paling bermutu tinggi. Mengandungi lemak koko atau cocoa butter
-
Berdasarkan EU standard, lemak yang terdapat di dalam coklat adalah:

Jenis

Jumlah koko solid

Lemak koko

Jumlah Lemak

Lemak Susu

Chocolate

>=35%

>=18%



Couverture

>=35%

>=31%



Milk Chocolate

>=25%


>=25%

>=14%

Couverture Milk

>=25%


>=31%

>=14%

White Chocolate


>=20%



- Jumlah lemak termasuk lemak koko dengan susu yang mana mengikut Akta Makanan Malaysia “Chocolate may contain not more than 5% of milk fat or edible vegetable fat other than cocoa butter”.

- Coklat kompaun dikenali sebagai coklat masakan. Diperbuat daripada lemak sayuran (cocoa butter substitute)

- Tahap kecairan cocoa butter substitute (CBS) dengan cocoa butter (CB), CB lebih cepat berbanding CBS

- Semasa pembuatan coklat, converture dan compound tidak boleh dicampur kerana ada fat bloom

- Perbezaan bahan-bahan asas coklat:

Jenis

lemak sayuran (cocoa butter substitute)

Serbuk koko

massa koko (Cocoa Mask)

lemak koko (Cocoa butter)

Gula

Pepejal susu

Perasa

Emulsi

converture



√

√

√

√

√

√

Compound

√

√



√

√

√

√


Sumber: Beryl’s Chocolate and Confectionary Sdn Bhd. , Kelas Coklat di Rakan Semenyih pada 7 Jan 2012

Sunday, January 1, 2012