Monday, February 10, 2014

Teh Herba Dinikmati di Rumah Arva


Semalam kebetulan atau mungkin telah dijodohkan untuk bertemu dengan Arva yang sekian lama tidak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan. Janji dengan Dr Abu Hashim untuk berjumpa di Dewan Gemilang, sebelah Giant Kelana Jaya nak berikan dia 15 set cadar 3D untuk dia bawa pulang ke Kedah untuk diserahkan pada isterinya, Jumatun. Sementara menunggu Dr Abu selesai hadiri majlis kenduri, aku fikir lebih baik aku ziarah Arva yang mana rumahnya berdekatan dengan Giant tersebut. Alhamdulillah, Arva ada di rumah. Bolehlah aku tumpang solat juga di rumahnya.

Berkunjung di rumahnya,  Arva  akan sediakan nasi atau apa-apa jenis menu. Kali ni hidangan yang istimewa adalah nasi brasmati yang dimasak dengan jintan putih serta sedikit minyak sapi. Menu lain adalah kari kambing.

Selain itu, antara minuman yang paling aku suka bila berkunjung ke rumahnya adalah tehnya. Kali ini aku dapat belajar cara nak hidangkan teh herba kesukaan aku ini. Masak teh dengan beberapa liter air hingga kembang dan mendidih. Masukkan gula, beberapa biji pelaga yang dikopek-kopek. Akhirnya sekali masukkan susu segar. Masak hingga didih.

Arva turut berkongsi tentang kelebihan kenapa masyarakat India amat mementingkan rempah ratus dalam masakan. Rempah ratus berfungsi untuk menguatkan gigi.

Petua lain yang dikongsikan Arva adalah tentang buah keras. Buah keras dimasukkan ke dalam sup. Aku guna buah keras bila buat kuah mee kari nyonya sahaja.

Sebenarnya, aku kurang suka masakan India tetapi bila Arva masak, aku suka pula. Rupa-rupanya kenapa masakan India di kedai-kedai mamak tak memnuhi citarasa aku sebagaimana Arva masak sebab keaslian rempah yang digunakan. Rempah di kategorikan barang yang mahal. Makanan India yang sedap adalah mahal juga bergantung jenis rempah yang dimasukkan.

Terdapat balang yang mengandungi walnut, kismis dan almond di ruang tamu. Pengambilan makanan ini turut menjadi kemestian setiap hari. Ini untuk menguatkan otak untuk memudahkan hafal Quran. Setiap hari, anak-anaknya akan menghafal alQuran sekurang-kurangnya sejam sehari dari pukul 4pm hingga 5pm.



No comments:

Post a Comment