Showing posts with label Experience. Show all posts
Showing posts with label Experience. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

The Power of Istiqfar

Kenapa kita perlu istiqfar? Selalunya kita beristiqfar bila memohon ampun pada Maha Esa setelah melakukan kesilapan sama ada lakukan dosa kecil atau dosa besar

Malam tadi topic training di Unit Trust Public Mutual, Bangsar adalah tentang metafizik. Kali ini speaker adalah external speaker, Roslina. Memang menarik sampai pukul 10 malam lebih  masing-masing baru  nak balik. Apa kaitan istiqfar dan metafizik? Ia melibatkan satu hukum: law of attraction yang mana apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa akan menghasilkan tenaga yang akan  bertindak balas daripada apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita fikir positif, maka tenaga yang dikeluarkan adalah positif juga dan begitu juga sebaliknya.

Oleh yang demikian, istiqfar adalah jalan untuk kembalikan tenaga positif sekiranya kita mengeluarkan tenaga negatif. Besarnya hikmahnya yang Allah berikan pada kita kenapa kita disuruh istiqfar banyak-banyak. Kita akan dapatkan rasakan kita berada dalam keadaan tenang semasa dan selepas kita istiqfar. Sebab itu juga istiqfar adalah salah cara membuka pintu rezki dan menambah rezeki.


Tuesday, November 22, 2011

Yeahhhh....Macaron


Setelah beberapa kali mencuba membuat macaron, kali ni baru aku rasa tahap kepuasan. Kepuasan atas kejayaan membuat macaron. Agak memenatkan membuat macaron ni. Dah la kecil2. Mula2 aku buat kecil, 3 kali bilang. Tapi kali ni aku buat kiraaan 5 pula. Haaaa... baru la besar sikit dan baru terasa masuk dalam mulut...

Yang ni aku bagi No-ne rasa dan tak lupa juga untuk Mazni, kawan sekelas No-ne. Untuk kawanku2 yang lain, nak mkn jemput dtg ke rumahku......

Yang ni pula, macaron yang tak jadi kerana suhu oven agak tinggi.... beginilah hasilnya. Macaron jadi merkah. So, kenalah kurangkan suhu oven.............






Monday, October 31, 2011

First time buat macaron

First time aku try selepas ikut kelas Chef Chee Seng. Nampak comot la guna butter cream filling dan aku x paipkan filling, aku just sapukan je atas macaron je. Lepas ni aku x nak guna butteer cream dah. Aku akan guna coklat filling je krn coklat akan keras.