Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

Akhlak in Islam

Modul kedua dalam Training of Trainer for New Muslim malam tadi adalah Akhlak in Islam.
Lihat keindahan Islam berdasarkan sumber Islam,  bukan dengan melihat perangai orang Islam.

Aku teringat tentang Wilson yang baik hati dan peramah serta pandai layan pelanggan-pelanggannya bila Bro Lim Jooin Soon menceritakan tentang kisahnya membeli beras dan beli barang di Chow Kit. Bila beli buah , sayur atau barang ke Chow Kit, beliau dilayan macam raja. Barang-barang akan dihantar terus ke keretanya. Tentang kisah beli beras, Bro Lim memberitahu  8 kampit beras tidak dikira dalam bil. Tauke kedai kata tak pernah pelanggan mereka yang lain beli barang memberitahu mereka kalau tersilap kira. Lepas itu, bila Bro Lim beli barang di kedai itu, mereka tak kisah bila Bro Lim akan bayar dan tak kisah apa nak ambil.

Apabila seseorang sudah percaya pada kita, orang lain akan ambil tidak kisah. Aku masih ada hutang baiki motorsikal dengan Wilson tahun 2013. Wilson hingga kini masih tak kisah. Bila aku tanya berapa jumlah, dia kata masih tak kira lagi. Pelik dan  kelakar pun ada.

Sebelum Chinese New Year 2014, aku berkunjung ke kedainya lagi. Masih tak nak aku bayar. Sangkakan sebelum Chinese New Year tentulah Wilson akan terima bayaran baiki motosikal. Sebaliknya, perkara biasa aku dengan Wilson adalah berchit-chat, gelak ketawa dengan keletahnya yang suka mengusik dan kongsi macam-macam cerita. Lepas itu, dia suruh aku balik. Dia kata dia masih sibuk nak kira bayaran baiki motorsikal aku.

Syukur, bertemu rakan macam Wilson yang baik hati ini. May God bless him!

Monday, February 10, 2014

Kenali Budaya Syiah

Sepanjang berkenalan dengan seorang rakan yang berfahaman Syiah,
ada beberapa perkara yang berbeza dengan amalan golongan Sunni. Antaranya;

1- Syiah: Berpuasa penuh selama 3 bulan bermulanya dari bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan
    Sunni: Rejab dan Syaaban hanyalah sunat. Tidak perlu berpuasa secara penuh.

2- Syiah: Orang bukan Islam tidak akan dihidangkan daging yang telah diselawat ketika penyembelihan
    Sunni: Untuk agihan daging korban, hanya diutamakan kepada orang Islam. Namun, bukan Islam        boleh makan hidangan  daging korban tersebut.

3- Syiah: Sebelum /selepas makan akan mencubit garam
    Sunni: Amalan ini adalah sunnah Rasulullah. Namun, kebanyakan Muslim tidak mengamalkannya.   Kenapa ye??

4- Syiah: Amat memuliakan tetamu. Tetamu akan dihidang makanan dan tetamu perlu memakan (sebaik-baiknya habiskan) sebelum pulang.
     Sunni: muliakan tetamu juga. Kalau ada yang tak muliakan tetamu tu maknanya tuan rumah tu sombong la ataupun malas...Ye ke?

5. Syiah: Solatnya jamak.
   Sunni: Jamak ketika musafir sahaja