Showing posts with label Biscuit. Show all posts
Showing posts with label Biscuit. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Resepi Rocher Blanc Cookies - White Chocolate


Jue rocher blanc cookies  white chocolate, RM25 = 30 pieces
Jue rocher blanc cookies – white chocolate
RM25 = 30 pieces
Rocher Blanc Cookies ini sempat aku buat petang Ahad yang lalu. Walaupun aku sakit kepala, namun rasa bosan sangat dok di rumah. Aku pun memang dah plan nak buat selepas balik dari kilang Beryls  dan singgah di Yummies, Bangi beli barang-barang untuk buat rocher blanc cookies ini. Kebetulan pula, semasa masuk ke Yummies, dapat resepi rocher blanc ni. Hehehe…macam tahu-tahu je aku nak buat rocher blanc cookies
Resepi ini guna teknik croping dan tak perlu dimasukkan di dalam peti sejuk untuk keraskan
Bahan-bahan
200gm slivered almond – dipanggang
100gm kismis
30gm nestum
30gm rice bubble
30gm wafer
400gm white compound chocolate Beryls
Cara membuat:
  1. Double boil white chocolate
  2. Masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaul rata
  3. Masukkan ke dalam paper cup
  4. Sejukkan dalam peti sejuk
Selamat mencuba rocher blanc cookies. Resepi asal rocher blanc cookies ni, aku dah ubah untuk sesuaikan dengan citarasa aku.

Rocher Blanc Cookies Dark Chocolate


jue rocher blanc cookies - dark chocolate
RM25 = 30 pieces
Rocher Blanc Cookies Dark Chocolate kubuat lagi malam tadi. Rocher Blanc Cookies Dark Chocolate ini ditempah oleh kak Zaidah semalam dan nak aku buat as soon as possible. Sebelum ini, aku buat sample Rocher Blanc Cookies white Chocolate. sebab resepi yang aku dapat dari Chef Luqman adalah white chocolate.
Sekiranya sesiapa yang request buat Rocher Blanc Cookies dark atau milk chocolate, aku on je. Yang penting aku dapat mengembirakan pelanggan aku menikmati hasil buatan aku. Buat yang terbaik untuk mereka.
Sebenarnya dark chocolate bagus untuk kesihatan. Sesiapa yang amalkan diet dan yang menjaga kesihatan memang elok memilih dark chocolate. Sambil makan, sambil jaga kesihatan diri.

Friday, June 22, 2012

Famous Amos Cookies - Third Trial

jue famous amos cookies

Famous amos cookies lagi. Baru beberapa hari buat famous amos cookies, buat lagi. Kali ini aku buat untuk beri pada Hairunisa. Hairun nak kasi kawannya try famous amos cookies aku untuk jualan raya aidilfitri tahun ini.
Famous amos cookies kali ini ada sikit kelainan. Tengahari tadi aku baca tentang petua nak buat biskut, blogger tersebut bagitau tepung gandum perlu digoreng atau dijemur dahulu sebelum membuat biskut agar biskut lebih tahan lama. Malah, rasa biskut juga lebih sedap dan rasa tidak lemau.
Cubaan kedua famous amos cookies ada sikit kesilapan yang aku lakukan. Aku terlupa masukkan nut (aku masukkan hirisan badam). Selain daripada itu, aku tak blend betul-betul oat jadi serbuk.
Nampaknya aku memang perlu buat untuk kali ketiga malam ini untuk membaiki kesilapan yang aku lakukan sebelum aku betul-betul nak kasi sample famous amos cookies kepada kawan-kawanku sempena raya tahun ini.

Monday, September 26, 2011

Snow Almond Biscuit


Semalam sempat aku menyediakan biskut snow almond untuk adik aku dibawa pulang ke hostel dia di UIA.


Bahan A
260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam

Bahan B
200gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung
50gm nestum - dimesin halus
60gm cornflake - dimesin halus

Hiasan : Coklat masakan dan breadcrumb putih

Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hinggamenjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secaradouble boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb/


Sumber asal resepi ini dari http://resipicitarasawan.blogspot.com/2010/06/snow-almond.html
namun aku kurangkan 100gram tepung red rose. Aku menggantikan dengan nestum dan cornflake.

Tuesday, August 23, 2011

Almond London



Tahun ni aku kena buat 2 kali almond london kerana biasanya aku beli coklat d Bagus tapi kali ni aku beli kat Yen, Walaupun kat Yen semi sweet juga tapi rasanya dark coklat pula. Jadi, almond london aku rasa lain la pula.
250gm butter
150gm gula halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 sdt emplex
1 sdt baking powder
1 cawan cornflakes, kisar halus
1 cawan nestum, kisar halus
Sedikit esen vanilla
badam berkulit (bakar)
badam cincang (bakar)

topping:-
coklat masakan (semi sweet chocolate) - cairkan secara double boil

cara:-
1. Pukul butter dengan gula hingga sebati..
2. masuk kan telur dan dipukul lagi
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan tepung, emplex, baking power, nestum dan cornflake. Kemudian diuli.
5. ambil sedikit tepung adunan, masukkan badam berkulit
6. bakar 180'C dlm 10 min atau sampai masak
7. sejukkan dan salut dengan coklat dan tabur badam cincang

Resepi aku ni aku modify dari:

Thursday, August 18, 2011

Popia Gulung Nestum



Bahan2
1 bungkus kulit popia (biasanya ada 40 keping)
1 cawan nestum - dimesin halus
1 cawan cornflake - dimesin halus
1 cawan gula halus
1 biji putih telur atau sedikit bancuhan tepung gandum dan air untuk dijadikan sebagai gam
minyak untuk menngoreng

Cara membuat:

  1. Gulung kulit popia dan gamkan
  2. Gunting menyerong dan goreng hingga kekuningan
  3. Gaulkan dgn nestum, gula dan nestum setelah sejuk.

Biskut Oat Rangup Berkacang



Sumber: http://alkiram.net/salam/2011/07/09/akbiskut-oat-rangup/

Resepi ini telah aku olah sikit dengan mencampurkan kismis selain hanya kacang.


Bahan2:

250g mentega
1 1/2 cawan gula perang
4 cawan oat segera
1/2 cawan kacang tanah (dipanggang dan di tumbuk kasar) atau apa2 sahaja jenis kekacang
1/2 cawan kismis


Cara membuat:

  1. Masukkan butter ke dalam periuk yg besar dan cairkan dengan api perlahan.
  2. Bila butter dah cair masukkan gula perang. Kacau2 hingga rata dan gula nampak cair dan sebati dgn butter. Angkat dari api.
  3. Masukkan oats & kekacang serta kismis lalu dikacau sehingga rata dan betul2 sebati.
  4. Masukkan adunan tersebut dlm loyang yang kita gunakan utk buat shortbread.(yg 100 ketul) lalu ratakan dan padatkan.
  5. Bakar sehingga oats berubah perang lalu sejukkan sebentar.
  6. Bila suam, ambil cutter shortbread dan tekat atas cookies utk mendapatkan line.
  7. Keluarkan cutter dan tunggu hingga cookies sejuk.
  8. Bila dah sejuk dan keras.. gunakan pisau yang tajam dan potong cookies menjadi 4 persegi mengikut line cutter yg kita tandakan tadi.
  9. Simpan dlm bekas kedap udara.

Biskut Makmur Kurma




Selain daripada Biskut Makmur Kacang, aku selalu buat Biskut Makmur Kurma. Di sini aku sertakan resepinye. Resepinya sama dengan Biskut Makmur Kacang tetapi digantikan dengan kurma sebagai inti dan cornflake sebagai salutan biskut.

Bahan-bahan Doh:
1 kg tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus
230 gram minyak sapi
250 ml minyak jagung (ikut suka)
1 sudu teh garam halus

Bahan Inti:
Beberapa biji kurma (dibuang biji dan dibelah 5 atau 6)
sedikit cornflake yang dimesin halus untuk disalut pada biskut

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Ambil doh dan leperkan.
3. Masukkan 1 slice kurma, bentukkan bujur sebesar biji buah kurma.
4. Salutkan dengan cornflake.
5. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.

Biskut Makmur Kacang



Resepi ini aku belajar daripada kak Puspa masa aku di kampung. Oleh kerana, aku suka makan biskut ini, mak aku suruh aku belajar dengan kak Puspa.

Bahan-bahan Doh:
1 kg tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus
230 gram minyak sapi
250 ml minyak jagung (ikut suka)
1 sudu teh garam halus

Bahan Inti:
300 gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dimesin halus)
sedikit susu pekat

sedikit gula yang dimesin halus untuk disalut pada biskut

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang digaulkan dengan susu pekat sehingga boleh dibentuk inti bulat yang kecil.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat, biskut dibentukkan bujur sebesar biji buah kurma.
6. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.
7. Sejukkan baru golekkan dalam gula yang dimesin halus.