Bahan:
450g tepung gandum
80g gula kastor
1 biji telur gred B
250g butter
1 sudu teh esen vanilla
sedikit air - jika perlu atau jika adunan keras
Cara:
- Pukul semua bahan tart base hingga sebati dan rata selama 5 minit.
- Ambil sedikit adunan dan dengan menggunakan acuan tat, bentukkan kulit tat macam di atas. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Jika nipis, kulit tat mudah patah.
- Selepas siap, cucuk-cucukkan di tengahnya dengan menggunakan garpu atau lidi
- Bakar bersama-sama acuan tat selama 15 minit, suhu 150c
- Keluarkan kulit tat dari acuan setelah sejuk. Hanya telangkupkan dan acuan akan tanggal... senangkan, tak perlu nak ketuk2 untuk keluarkan kulit tat dari acuan.....Jika susah juga nak keluarkan, picit-picitkan tepi kiri kanan acuan tu.... tengok mcm gambar kat bwh ni.
----------------------------------------------------------------------------------
Sabtu yang lalu aku try lak resepi tart base yang lain pula, follow resepi Bagus http://www.bagus.com.my/recipes_details.asp?id=102.
Bagiku resepi kulit tat ni lebih sedap dari resepi yang first. Begitu juga adik2 dan sedara aku pun kata resepi ni sedap....
Bahan-bahan:
250g tepung
15g tepung susu
60g gula kaster
170g mentega - dilembutkan
40g telur (1 biji telur saiz C)
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara:
- Campur semua bahan-bahan dan gaulkan hingga jadi doh
- Sejukkan selama 30 minit. (aku tak sejukkan, terus ke step 3)
- Kemudian, boleh la dibuat kulit tat guna acuan tat. Dah siap, cucukkan kat tengah2 tu.
- Bakar selama 10 minit, suhu 180c
No comments:
Post a Comment