Sepanjang berkenalan dengan seorang rakan yang berfahaman Syiah,
ada beberapa perkara yang berbeza dengan amalan golongan Sunni. Antaranya;
1- Syiah: Berpuasa penuh selama 3 bulan bermulanya dari bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan
Sunni: Rejab dan Syaaban hanyalah sunat. Tidak perlu berpuasa secara penuh.
2- Syiah: Orang bukan Islam tidak akan dihidangkan daging yang telah diselawat ketika penyembelihan
Sunni: Untuk agihan daging korban, hanya diutamakan kepada orang Islam. Namun, bukan Islam boleh makan hidangan daging korban tersebut.
3- Syiah: Sebelum /selepas makan akan mencubit garam
Sunni: Amalan ini adalah sunnah Rasulullah. Namun, kebanyakan Muslim tidak mengamalkannya. Kenapa ye??
4- Syiah: Amat memuliakan tetamu. Tetamu akan dihidang makanan dan tetamu perlu memakan (sebaik-baiknya habiskan) sebelum pulang.
Sunni: muliakan tetamu juga. Kalau ada yang tak muliakan tetamu tu maknanya tuan rumah tu sombong la ataupun malas...Ye ke?
5. Syiah: Solatnya jamak.
Sunni: Jamak ketika musafir sahaja
No comments:
Post a Comment