Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Egg Tart

Filling
210g gula caster
250ml susu segar
250ml air
4 biji telur gred B
1 sudu teh tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh pewarna kuning

  1. Kacau semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan tapis ke dalam kulit tat yang belum di bakar
  2. Bakar selama 25 minit
  3. Sekiranya inti tak lekat pada jari, maknanya dah masak
  4. Jangan masak terlalu lama kerana filling akan kecut

Fruit Tartlet


Bahan-bahan
coklat- dicairkan
buah-buahan sepertu buah naga, kiwi, anggur, etc

Filling
250g instant custard
625ml fresh milk


  1. Kacau bahan-bahan filling sehingga sebati
  2. Sapukan dalam tart base dengan coklat
  3. Paipkan filling dalam tart base
  4. Hiaskan buah-buahan yang telah dipotong

Wednesday, November 30, 2011

Cake Tart

Bahan-bahan filling:
2 biji telur gred B
60g gula kaster
80g tepung naik sendiri
10g tepung jagung
1/2 sudu teh ovalette
1/4 sudu teh vanilin

Pukul semua bahan-bahan di atas hingga kembang dan sebati


Proses Membuat Tat
  1. Masukkan filling dalam piping bag dan paipkan dalam kulit tat
  2. Bakar selama 15 minit, 150C

Blueberry Cheese Tart


Tat yang tak cantik ni first time buat dan dalam kelas Chef Fauziah.
resepi filling Blueberry Cheese Tart ni dari Chef Fauziah

Bahan-bahan Filling:
250g cream cheese
60g gula icing
1 biji telur kuning
20g butter
blueberry jam (jam filling ye, jgn guna yang topping. hari tu aku dah tersilap beli)

Cara:
  1. Pukul cream cheese selama 10 minit agar ia tak berbiji
  2. Masukkan gula ising, kuning telur dan butter.
  3. Pukul hingga sebati dan rata
-------------------------------------------------------------------------


untuk filling aku lebih suka follow resepi Bagus kerana lebih sedap http://www.bagus.com.my/recipes_details.asp?id=102

Bahan-bahan filling:
250 krim keju
60g mentega (unsalted)
60g gula icing
30ml telur (aku masukkan 1 biji)
10ml jus lemon (lbh kurang separuh lemon)
inti blueberry secukupnya

  1. Putar krim keju hingga lembut
  2. Masukkan gula icing dan telur. Putar lagi
  3. Masukkan mentega dan jus lemon. Sebatikan



Proses Membuat Blueberry Cheese Tart
Lepas siapkan buat filling ni. Bolehlah kita membuat blueberry cheese tart. Make sure kulit tat pun dah siap baru boleh dibuat blueberry cheese tart.
  1. Nak mudah, masukkan blueberry jam ke dalam piping bag dan filling juga masukkan dalam piping bag
  2. Paipkan sedikit blueberry jam dalam kulit tat

  3. Paipkan pula filling sehingga menutupi jam
  4. Paipkan sedikit blueberry jam atas filling
  5. Lorekkan jam menggunakan lidi
  6. Bakar selama 15 minit, 150C


Tuesday, November 22, 2011

Tart Base / Kulit Tat


Bahan:
450g tepung gandum
80g gula kastor
1 biji telur gred B
250g butter
1 sudu teh esen vanilla
sedikit air - jika perlu atau jika adunan keras

Cara:
  1. Pukul semua bahan tart base hingga sebati dan rata selama 5 minit.
  2. Ambil sedikit adunan dan dengan menggunakan acuan tat, bentukkan kulit tat macam di atas. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Jika nipis, kulit tat mudah patah.
  3. Selepas siap, cucuk-cucukkan di tengahnya dengan menggunakan garpu atau lidi
  4. Bakar bersama-sama acuan tat selama 15 minit, suhu 150c
  5. Keluarkan kulit tat dari acuan setelah sejuk. Hanya telangkupkan dan acuan akan tanggal... senangkan, tak perlu nak ketuk2 untuk keluarkan kulit tat dari acuan.....Jika susah juga nak keluarkan, picit-picitkan tepi kiri kanan acuan tu.... tengok mcm gambar kat bwh ni.

----------------------------------------------------------------------------------

Sabtu yang lalu aku try lak resepi tart base yang lain pula, follow resepi Bagus http://www.bagus.com.my/recipes_details.asp?id=102.
Bagiku resepi kulit tat ni lebih sedap dari resepi yang first. Begitu juga adik2 dan sedara aku pun kata resepi ni sedap....

Bahan-bahan:
250g tepung
15g tepung susu
60g gula kaster
170g mentega - dilembutkan
40g telur (1 biji telur saiz C)
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara:
  1. Campur semua bahan-bahan dan gaulkan hingga jadi doh
  2. Sejukkan selama 30 minit. (aku tak sejukkan, terus ke step 3)
  3. Kemudian, boleh la dibuat kulit tat guna acuan tat. Dah siap, cucukkan kat tengah2 tu.
  4. Bakar selama 10 minit, suhu 180c

Kelas Tat di Bagus

Kali ini berpeluang pula ikuti kelas buat tat dengan Chef Fauziah d Bagus, Kajang pada 19 Nov 2011. Dengan bayaran sebanyak RM70 dan kelas bermula dari pukul 10.30 hingga 1pm, 5 jenis tat dipelajari bersama-sama dengan 8 orang pelajar lain.

Tat yang dipelajari adalah (dari kanan) fruit tartlet, black eye tart, blueberry cheese tart, peanut tart dan cake tart.