Friday, February 10, 2012

Paillete Feuilletine (Biskut Wafer) Chocolate

Hari ini awal2 pagi aku dah bangun, mungkin sebab aku tidur awal kerana balik lewat dari ofis atau mungkin kerana tak sabar2 nak balik kg. Sebelum solat, aku pun cairkan coklat. Kiranya dah selesai solat bolehlah aku mulakan step seterusnya. Resepi ini aku gantikan dengan wafer.

Bahan:
200 gm coklat susu yang telah ditemper (atau compound)
20 gm peanut butter (atau paste kekacang lain eg hazelnut paste)
10 gm paillete feuilletine

Cara:
1. Campurkan peanut butter dan paillete feuilletine ke dalam coklat susu couverture yang telah ditemper.
2. Masukkan ke dalam mould coklat mengikut bentuk digemari, kemudian keraskan

Sumber: http://www.homechoc.com/2010/01/paillete-feuilletine-biskut-wafer.html

Saturday, February 4, 2012

Coklat ke Chenai, India

1st time coklatku buat akan terbang ke India.
Tapi gift ni aku x post sebab tu aku tak de kasi charge courier.
Customerku kirim kat kawan dia yang akan pulang ke tanahairnye...
Gift ni utk wife kesayangan dia yang sedang pregnant anak pertama...


9pcs = RM15

16pcs = RM25

Thursday, February 2, 2012

Moist Chocolate Cake


Niat di hati nak buat cheese tart tapi adik aku teringin lak nak mkn kek coklat. Puas aku cari resepi yang sesuai sebab kat rumah hanya ada 3 biji telur ayam sahaja yang belum aku masuk dalam peti sejuk. Setelah puas cari-cari, aku dapatlah resepi kat http://hanieliza.fotopages.com/?entry=882568 tapi cara membuatnya aku ikut style aku sendiri la.... Resepi ini juga tak masukkan susu tapi digantikan dengan air. Sebab itulah aku pilih resepi ini

Bahan
180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air


250 gm tepung gandum
50 gm serbuk coklat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate

Cara:

  1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Satukan tepung gandum, serbuk coklat, baking powder dan soda bikarbonate. Ayak 3 kali
  4. Masukkan campuran tepung gandum dan air secara selang seli
  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.


Sunday, January 29, 2012

Penyimpanan Chocolate

  • Penyimpanan adalah faktor yang terpenting dalam pembuatan coklat.
  • Lindungi coklat dari suhu yang kerap-kerap berubah, terdedah kepada cahaya dan bau yang kurang menyenangkan
  • Suhu yang disyorkan adalah 15-20c
  • Jangan menyimpan di dalam peti sejuk yang suhunya di bawah 12c kerana akan menyebabkan proses kondensasi berlaku di permukaan coklat yang dipanggil "sugar bloom"

Craque Lait Noire


Filling
250gm Milk Compound Beryls
225 Almond paste

Cara membuat:
  1. Cairkan milk chocolate
  2. Angkat dan masukkan almond paste n kacau
  3. Masukkan dalam piping bag dan guna nozzle no. 14
  4. Paipkan ke dalam kelonsong /shell coklat (keluarkan shell daripada mould terlebih dahulu sebelum paipkan filling)

Mint Chocolate

250gm white compound Beryls Gourmet
1 sudu teh mint flavouring
200gm Dark compound Beryls Gourmet
30gm almond nibbs

cara membuatnye....
aku belum try lagi... dan lagi semasa dalam kelas Beryls, encik Luqman tak sempat nak mengajar kerana kesuntukan masa.....

Type of Ganache

Jenis Ganache

Applikasi

Nisbah Asas

Resepi

Cair

Cair sedikit

Sesuai untuk topping cake dan filling dalam coklat jenis acuan

1:1 hingga 1.5

100gm whipping cream

100-150gm chocolate

Sederhana

Konsistensinya boleh dipaip atas kek dan filling dalam coklat jenis acuan

1:1.5 hingga 2

100gm whipping cream

150-200gm chocolate

Berat

Untuk membuat coklat berbentuk potongan

1:2 hingga 2.5

100gm whipping cream

200-250gm chocolate



Sumber: Beryl’s Chocolate and Confectionary Sdn Bhd. , Kelas Coklat di Rakan Semenyih pada 7 Jan 2012