Hari ini awal2 pagi aku dah bangun, mungkin sebab aku tidur awal kerana balik lewat dari ofis atau mungkin kerana tak sabar2 nak balik kg. Sebelum solat, aku pun cairkan coklat. Kiranya dah selesai solat bolehlah aku mulakan step seterusnya. Resepi ini aku gantikan dengan wafer.
Bahan:
200 gm coklat susu yang telah ditemper (atau compound)
20 gm peanut butter (atau paste kekacang lain eg hazelnut paste)
10 gm paillete feuilletine
Cara:
1. Campurkan peanut butter dan paillete feuilletine ke dalam coklat susu couverture yang telah ditemper.
2. Masukkan ke dalam mould coklat mengikut bentuk digemari, kemudian keraskan
No comments:
Post a Comment