Sunday, October 21, 2012

Tip Pengiklanan Banner

Ada beberapa tip pengiklanan banner yang diberika oleh Irfan Khairi:

Tempat Berkaitan Dengan Produk
Pastikan anda memilih tempat yang terbaik untuk menyasarkan iklan banner anda. Memaparkan banner di laman yang berkaitan dengan anda adalah lebih efektif berbanding dengan memaparkan banner di laman yang tiada kena mengena dengan produk yang anda jual.

Tidak semestinya anda meletakkan iklan di laman-laman besar dan popular, oleh kerana laman yang besar dan popular pastinya mengenakan bayaran yang mahal. Iklan di laman yang lebih kecil (niche) tetapi berkaitan dengan industri anda adalah lebih murah dan efektif.

Tempat Kurang Iklan
Meletakkan iklan banner di laman web yang sedia banyak iklan, akan menjadikan iklan anda tenggelam dan kurang mendapat sambutan. Terbaik adalah memaparkan iklan di tempat yang kurang terdapat pengiklanan.

Teknik AIDA
Gunakan iklan yang mempunyai ciri-ciri A-I-D-A. Iaitu, iklan yang menarik ATTENTION (perhatian), mencipta INTEREST (minat), menghasilkan DESIRE (kemahuan) membeli dan yang menyeru ACTION (aksi) untuk klik pada iklan tersebut. Itu lah AIDA!


Sebab orang klik
Pastikan anda meletakkan sebab mengapa orang perlu kilk pada iklan anda. Sesuatu percuma atau tawaran/diskaun adalah antara sebab orang akan klik pada iklan banner anda. Berikan sedikit “hadiah”!


Animasi vs Static
Banner yang mempunyai animasi adalah lebih efektif berbanding dengan banner yang static. Banner yang beranimasi akan dapat menarik perhatian orang untuk melihat iklan banner anda.
1st display ATTENTION, 2nd display INTEREST , 3rd display  DESIRE and lastly 4th display ACTION

Banner yang berbeza
Cuba beberapa banner yang berbeza untuk iklankan perniagaan anda. Ini kerana, respon yang anda dapat melalui satu banner mungkin berbeza dengan banner yang lain. Sesuatu banner mungkin mendapat respon yang bagus, tetapi, banner anda yang lain mendapat respon yang kurang bagus. Sekiranya anda tidak mencuba, anda juga tidak tahu banner yang mana adalah lebih efektif.

Lokasi Teratas Laman Web
Iklan banner yang terpapar di bahagian atas sesuatu laman web adalah lebih efektif berbanding dnegan iklan-iklan yang dipaparkan di bahagian bawah sesuatu laman web. Sekiranya bajet anda cukup, pilih lokasi yang teratas di sesuatu laman web untuk pengiklanan.

Letak Banyak Lokasi Web
Cuba meletakkan banner di beberapa lokasi dan pastikan anda merekodkan pencapaian di lokasi-lokasi tersebut. Ini kerana, respon banner anda di sesuatu laman web adalah berbeza dengan laman yang lain. Pastikan anda mendapat pulangan pelaburan daripada paparan banner anda. Oleh sebab itu, anda perlu jejak dan rekod capaian banner anda di laman-laman yang berbeza.

Mesej Jelas
Jangan terlalu banyak maklumat di dalam sesuatu banner. Pastikan tulisan dan mesej yang anda ingin sampaikan adalah jelas. Sering kali saiz banner adalah kecil. Dengan cuba memuatkan terlalu banyak perkara, ia akan mengakibatkan banner tersebut terlalu padat dan sukar menyampaikan mesej pengiklanan anda.

Klik
Matlamat utama anda dalam pengiklanan banner adalah untuk mendapatkan orang klik pada banner anda. Lihat pada iklan banner anda dan Tanya pada diri sendiri. Adakah anda akan klik pada banner ini sekiranya terlihat? Sekiranya jawapan anda adalah TIDAK, maka, anda perlu hasilkan banner baru yang mendapat jawapan YA!



Sumber: Irfan Khairi

No comments:

Post a Comment