Sunday, October 21, 2012

Tips Menulis Blog daripada Irfan Khairi

 Tip Blog ini juga aku compilekan daripada facebook Irfan Khairi.

Ruangan ‘Hubungi Kami
Sebuah blog boleh dikatakan cacat apabila tidak mempunyai dua ruangan ini, iaitu ruangan ‘About Us’ (tentang kami) dan juga ruangan Hubungi. Ruangan tentang kami’ adalah secara ringkas mengenai anda ataupun perniagaan anda. Letakkan nama, alamat premis perniagaan, no telefon dan gambar anda / premis jika mahu. Nyatakan kepakaran anda dan juga pengalaman yang ada. Manakala ruangan hubungi pula, letakkan borang hubungi (contact form) untuk memudahkan pembaca blog menghubungi anda terus dari blog.

Berkongsi maklumat percuma
Elakkan terlalu kerap mempromosikan produk dan perniagaan dalam ‘blog post’ (penulisan di blog). Kongsikan maklumat percuma kepada pembaca seperti pengalaman kita sebagai usahawan, tip-tip motivasi, aktiviti harian kita sebagai usahawan dan sebagainya. Biasanya, pengguna Internet mencari maklumat melalui Google untuk menyelesaikan masalah mereka ataupun mengumpul maklumat (membuat survey) terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian.

Memberi habuan kepada pembaca setia
Semakin lama kita menulis di blog, biasanya kita akan mengenali siapa pembaca blog yang setia melalui kekerapan komen yang mereka tinggalkan pada tulisan kita. Pembaca setia (tegar) adalah berbeza dengan pembaca biasa. Mereka perlu diberikan fokus yang lebih agar mereka rasa dihargai oleh kita. Berikan habuan ataupun hadiah kepada mereka, ataupun adakan satu ‘pertemuan rahsia’ bersama mereka.

Aku suka dengan blog Lin Handmade Greetings Card kerana tiap-tiap bulan Lin adakan lucky draw untuk pembaca blognye... Apa lagi... jom join. mana tau nasib anda menyebelahi diri untuk memenangi hadiah yang Lin tawarkan

Konsisten menulis
Satu soalan yang sering ditanya adalah, berapa kekerapan penulisan di blog? Tiada jawapan mutlak untuk soalan ini kerana contohnya, ada blog yang menulis sekali sebulan sahaja tetapi konsisten melakukannya pada setiap bulan. Pembaca blog itu sentiasa menunggu tulisan terbaru pada setiap bulan. Apa yang terbaik adalah kita sentiasa menulis secara berterusan, tidak kira sama ada sekali seminggu ataupun sekali sebulan, asalkan kita tidak berhenti menulis terlalu lama. Pastikan pembaca blog kita tahu berapa kekerapan kita men ulis agar mereka tidak ternanti-nanti. Namun perlu ingat, lebih banyak tulisan kita di blog, lebih mudah orang akan terjumpa artikel kita melalui enjin pencari.

Menurut Irfan Khairi, masa dia awal-awal terlibat dengan Internet, tiap-tiap hari dia menulis blog. Sebabnye tentulah SEO, makin banyak kita menulis blog, lagi mudah enjin pencari nak jumpa artikel kita.

Sertakan ‘keyword’ dalam post (artikel)
Setiap kali menulis post (artikel) di blog, satu-satunya perkara yang wajib dilakukan adalah menggunakan keyword (perkataan) yang berkaitan dengan produk dan perniagaan kita. Tujuannya tidak lain adalah untuk SEO (salah satu usaha untuk blog ditemui di Google).

Komen di blog perniagaan lain
Salah satu cara mendapatkan pembaca ke blog kita adalah dengan memberikan komen di blog orang lain. Berikan komen yang bernas, profesional dan berisi. Jangan masukkan link blog kita dalam bahagian komen kerana ia akan mengundang rasa tidak selesa kepada pembaca lain dan juga pemilik blog. Memberi komen di blog lain juga adalah proses membina kredibiliti dan rangkaian (kenalan) bersama pemilik blog-blog itu.

Sedikit lebih banyak. - “Less is more”.
Gunakan konsep ini untuk blog anda. Elakkan meletak terlalu banyak iklan pada bahagian sidebar blog ataupun dalam bahagian post. Meletak terlalu banyak iklan akan menyebabkan kita dianggap sebagai tidak profesional. Ingat, blog diwujudkan adalah untuk berkongsi idea, tip, ilmu dan pengalaman. Kita menjual dalam halus (soft selling).

Tajuk yang ‘catchy’
Tajuk artikel yang menarik akan menyebabkan pembaca tertarik untuk membaca artikel itu. Contoh tajuk yang menarik adalah tajuk yang bermula seperti “xx cara ________”, “Bagaimana _________”, “Rahsia ________” dan “xx sebab ________”.

Menjadi penulis tetamu
Selain menulis di blog sendiri, luangkan masa untuk menulis di blog orang lain. Sebaiknya, blog itu juga adalah blog yang satu industri / topik yang sama dengan perniagaan yang kita lakukan, namun ini bukanlah syarat utama. Kelebihan menulis di blog orang lain adalah kita akan membina link ke blog kita secara mudah dan percuma (letak link blog di akhir artikel). Kedua, kita mampu membina kredibiliti dan dianggap sebagai pakar terhadap topik yang sering kita tulis.

Gunakan laman web sosial media
Blog tanpa laman web sosial akan menjadi tempang, kerana web sosial seperti Facebook, Google+ dan Twitter adalah tempat berkumpulnya pembaca-pembaca blog kita. Mereka sering online di sana. Jadi salah satu cara untuk memberitahu kepada mereka kita ada publish tulisan yang baru di blog adalah dengan memberitahu di laman sosial seperti Facebook Page yang kita wujudkan.

Tiada Idea
Sekiranya tiada idea untuk meletakkan blog posting, apa kata rujuk laman-laman luar Negara (English) dan olahkan kepada bahasa Malaysia (atau sebaliknya). Apa yang penting adalah, tidak dibenarkan cut and paste, tetapi, dibenarkan anda menyampai dan mengolah semula menggunakan cara dan bahasa/ayat anda sendiri.

Schedule Post
Anda boleh tulis banyak-banyak post sekaligus dan tetapkan tarikh dan masa post itu akan keluar (publish) di blog. Dengan cara ini, anda tidak perlu masuk ke blog setiap hari untuk menulis. Kaedah ini amat sesuai untuk anda yang sibuk.

1 comment:

  1. Terima kasih, maklumat ini bermanfaat untuk saya yang sangat baru dalam dunia blog.

    ReplyDelete