9 Kaedah promosi perniagaan Internet telah disampaikan oleh sifuku, Irfan Khairi. Adakah anda menggunakannya?
1. Enjin pencari / Search engine optimization.
Hasilkan blog yang menggunakan keyword-keyword berkenaan dengan
perniagaan anda. Jangan lupa, letakkan keyword tersebut di 4 lokasi pada
setiap posting blog anda. Kemas kini blog anda sekurang-kurangnya
seminggu sekali (lebih banyak lagi bagus) dan setiap posting perlu
mengandungi keyword yang anda ingin tujukan.
Jangan lupa juga
“kekuatan link” iaitu cuba dapatkan blog / lamanweb / facebook lain
untuk link ke blog anda. Lebih banyak link, lebih tinggi kedudukan anda
di enjin pencari mengikut keyword yang anda tujukan.
Apa yang anda perlu lakukan: Kemaskini blog anda seminggu sekali menggunakan keyword-keyword terbaik anda!
2. Pengiklanan di Google Adwords
Sudahkah anda mencuba pengiklanan Google Adwords? Ia adalah iklan-iklan
yang tertera di bahagian kanan carian Google.com. Pengiklanan berbayar
ini adalah “Pay Per Click”, yang bermaksud, anda hanya perlu bayar
berdasarkan apabila seseorang klik pada iklan yang anda paparkan.
Iklan yang dipaparkan boleh di tujukan kepada keyword-keyword mengikut
pilihan anda. Pastikan iklan ditulis dengan baik, oleh kerana anda
inginkan klik yang berkualiti, dan bukan kuantiti. Lebih ramai klik pada
iklan anda, kos akan bertambah.
Apa yang anda perlu lakukan: Iklankan perniagaan anda di Google Adwords http://www.google.com/adwords
3. Promosi melalui Facebook
Adakah anda sentiasa kemaskini Facebook anda? Sekurang-kurangnya
meletakkan 1 status setiap hari (terbaik adalah 3 status sehari). Jangan
lupa juga formula Facebook 9:1 iaitu, kongsikan 9 kali informasi dan 1
kali promosi. Ini akan menambahkan LIKES Facebook anda oleh kerana
pengguna Facebook dahagakan informasi dan bukan promosi.
Apa
yang anda perlu lakukan: Sering kemaskini Facebook page anda dengan
informasi berguna berkenaan industry anda. 9 kali info, 1 kali promosi.
4. Iklan di Facebook
Facebook juga membolehkan anda meletakkan iklan perniagaan anda – yang
terpapar di bahagian kanan Facebook. Iklan sebegini boleh di sasarkan
khas kepada sasaran pasaran anda seperti, umur, jantina, lokasi, bahasa,
likes (walaupun pesaing anda) dan banyak lagi. Istilah yang digunakan
ketika kelas adalah “Micro Target”
Apa yang anda perlu lakukan:
Mula letakkan iklan untuk perniagaan anda di Facebook! Micro target
mengikut sasaran anda paling tepat. Letakkan iklan Facebook melalui http://www.facebook.com/advertising
5. Iklan banner di blog atau laman web berkaitan industry anda
Pernah kah anda meletakkan iklan banner di laman-laman yang berkaitan
dengan industry anda? Bina iklan banner menggunakan konsep AIDA dan
dapatkan blog atau laman web yang sesuai dengan perniagaan anda untuk
meletakkan iklan.
Apa yang anda perlu lakukan: Hubungi pemilik
laman web atau blog berkaitan dengan perniagaan anda dan tanyakan harga
meletakkan iklan. Sekiranya sesuai dan memenuhi bajet iklan anda –
letakkan iklan perniagaan anda!
6. Article Syndication
Terutamanya sekiranya anda mengsasarkan perniagaan anda ke pasaran
antarabangsa, teknik article syndication di MESTIKAN. Anda perlu menulis
artikel yang berkaitan dengan perniagaan anda yang boleh membantu orang
ramai. Kemudian, hantarkan artikel anda di laman direktori artikel
seperti http://www.ezinearticles.com/
Lebih banyak artikel anda menulis, lebih banyak artikel tersebut akan
beredar di Internet. Jangan lupa, ia juga membantu kekuatan link anda
untuk enjin pencari.
Apa yang anda perlu lakukan: Mudah-
hasilkan beberapa artikel menarik mengenai industry anda (yang membantu
orang ramai) dan hantarkannya ke http://www.ezinearticles.com/
7. Aktif di Forum
Dapatkan beberapa forum yang berkaitan dengan perniagaan anda dan
kongsikan kepakaran anda. Jangan gunakan untuk melakukan promosi
membuta, tetapi lebih kepada membantu di forum-forum berkenaan dan
kongsikan link/laman anda sebagai signature selepas posting anda. Cara
ini akan membina kredibiliti anda sebagai pakar dalam industry anda. Ia
akan mempromosikan anda sebagai individu, perniagaan anda dan juga
kekuatan link. 3 dalam 1!
Apa yang anda perlu lakukan: Mula
berkongsi kepakaran anda di forum-forum yang berkaitan dengan industry
anda! Bina kredibiliti dan kepercayaan dengan cara membantu orang ramai.
8. Menghasilkan Video YouTube
Menghasilkan video youtube bukan perkara yang mudah. Tetapi, oleh
kerana ini juga, pesaing anda tidak melakukannya. Walaupun menggunakan
video mungkin tidak dapat menarik ramai pelawat ke laman web anda,
tetapi, kuasa video terletak pada membina kredibiliti dan kepercayaan.
Mereka yang menonton video anda telah mendapat kepercayaan dan keyakinan
dengan anda dan mereka yang masuk ke laman anda selepas menonton adalah
pelawat yang berkualiti dan lebih mudah untuk membeli dari anda.
Apa yang anda perlu lakukan: Hasilkan video yang membantu sasaran
pasaran anda, seperti tip, tutorial, teknik atau strategi. Kongsikan
video anda di YouTube, Blog dan juga Facebook anda untuk menarik
pelawat.
9. Twitter
Kini, semakin ramai menggunakan
Twitter. Terutamanya sekiranya perniagaan anda mengetengahkan diri anda
dan jenama anda sebagain individu, Twitter adalah penting. Seperti
Facebook, gunakan formula 9:1 di mana, lebihkan kongsi informasi
berkenaan industry anda, dan hanya promosi sekali sekala sahaja untuk
menambahkan followers. Retweet dan berinteraksi di dunia twitter untuk
meramaikan followers anda.
Apa yang perlu anda lakukan:
Kemaskini Twitter anda sekurang-kurangnya sehari sekali (lebih banyak
lebih baik). Interaksi bersama mereka di Twitter untuk menambahkan
followers.
No comments:
Post a Comment