Sunday, October 21, 2012

Tips Mengguna Facebook Dengan Betul dan Bijak daripada Irfan Khairi dan Dr. Azizan Osman



Tips mengguna facebook ini aku compilekan daripada email sifu aku, Irfan Khairi dan Bryan Gan/Dr Azizan Osman

Elakkan 'spamming'
Spamming adalah aktiviti menghantar iklan kita kepada orang yang tidak dikenali. Sebagai contoh, anda menghantar mesej kepada seseorang yang anda tidak kenal, anda 'tag' gambar atau iklan yang tidak berkenaan dengan mereka, anda promosi secara membabi buta di group dan page yang tidak berkaitan dengan iklan,atau anda sengaja mencipta satu 'event' semata-mata untuk menghantar mesej ke inbox semua rakan anda! Aktiviti ini boleh menjatuhkan kredibiliti anda!

Soft selling
Bina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Dengan ini, kita dapat membina kredibiliti dan secara tidak langsung, dapat membina hubungan baik dengan mereka. Amalkan teknik soft selling dalam pemasaran anda di Facebook.InsyaAllah anda akan dapat melihat hasilnya.. Elakkan hard selling...

Sumber: Tip 1 Pemasaran Viral Facebook Bryan Gan/
Dr Azizan Osman

Sumber: Tip 2 Pemasaran Viral Facebook Bryan Gan/
Dr Azizan Osman


Membalas komen & pertanyaan dengan Pantas
Ini adalah salah satu teknik yang paling penting. Apabila ada Fans memberikan komen di status kita, perlu untuk cepat-cepat kita membalas komen itu. Jika mereka bertanya, bantu kefahaman mereka dengan menjawab dengan jelas dan mudah. Dengan ini, meraka akan menganggap kita bersungguh-sungguh untuk membantu mereka.

Komunikasi di Inbox
Apabila kita berkomunikasi melalui Inbox, ia adalah satu perkara yang amat baik. Ini bermaksud Fans atau Friends itu sudah mula berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk kita. Jawab pertanyaan mereka sehingga mereka faham dan jelas. Tulis mesej dengan bahasa yang baik dan jangan sesekali memaksa mereka membeli produk kita

Berikan komen yang bernas
Apabila mereka memberikan komen, tugas kita adalah memberikan komen yang terbaik. Jadikan ia ruangan komen dan ruangan perbincangan dengan berbalas komen. Status itu akan menjadi viral dan dapat dilihat oleh rakan-rakan mereka yang belum Like Fan Page kita. Biarkan mereka terus bertanya di ruangan komen, kerana ia baik untuk proses pembinaan hubungan.

Buka ruangan 'wall' kepada umum
Membuka wall kepada umum agar mereka dapat menulis sesuatu adalah satu tindakan yang menguntungkan kerana mereka dapat terus berkomunikasi dengan kita tanpa melalui Inbox, ruangan komen, sebaliknya terus di ruangan terbuka. Fans lain pula akan membaca jawapan dan balasan kita yang profesional.

Kongsi Maklumat Visual
Anda boleh kongsikan maklumat berbentuk video dengan menggunakan You Tube. Pastikan anda muat turun video paling minimum 3 minit. Pada masa kini, kehebatan youtube amat tidak dapat disangkal lagi kerana ia agen pencari maklumat no. 2 selepas google.

Sumber: Tip 3 Pemasaran Viral Facebook Bryan Gan/
Dr Azizan Osman

Pengiklanan di Facebook
Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana lamanweb pengiklanan yang lain. Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.

Kongsi cerita dan aktiviti
Sebagai usahawan, sudah semestinya kita banyak aktiviti pada setiap hari. Kongsikan perkara bisnes yang sedang, telah ataupun yang akan kita lakukan. Jika boleh, tulis ia secara umum dan tergantung agar Fans ataupun Friends bertanya untuk lebih tahu. Contohnya, kita nyatakan begini: "Baru balik dari pejabat pos. Hantar 10 bungkusan kepada pelanggan dari beberapa negeri." Apabila kita tulis begini, mereka akan bertanya, produk apa yang kita jual dan lain-lain soalan.

Letak gambar menarik
Kita boleh meletak gambar yang menarik perhatian mereka. Gambar itu sama ada milik kita ataupun kita kongsikan daripada sumber lain. Gambar-gambar yang menarik adalah seperti gambar yang lucu, keindahan alam, dan termasuklah gambar berkaitan bisnes kita seperti gambar bungkusan produk. Asasnya, manusia lebih sukakan gambar (imej) berbanding teks. Malah mengikut kajian, status Facebook yang disertakan dengan imej lebih mendapat respons yang tinggi berbanding teks sahaja.

Tagging
 ‘UPLOAD’ gambar dan kongsikan gambar kepada rakan anda, sama ada share di wall atau menggunakan sistem TAGGING. Ya, sistem Tagging ini diakui berkesan kerana anda boleh memilih dan tag bakal prospek anda serta Facebook juga akan menghantar “email notification” untuk mengatakan prospek anda telah diTAG. Tetapi AWAS ! Jangan Tag kepada orang yang kita tidak kenal.


Semoga tip facebook ini menjadi manfaat pada semua.


No comments:

Post a Comment