Sunday, October 21, 2012

Teknik AIDA dalam Business

Teknik AIDA amat ditekankan sepanjang kelas di AeU yang mana lecturer nye tentulah pakar internet yang terkenal, Irfan Khairi. Apa itu AIDA?

Attention
Dalam bahasa malaysia, attention bermaksud perhatian.
  1. Warna - pemilihan warna yang terang amatlah penting. Contohnya menggunakan gabungan warna putih dan merah,   atau warna hitam dengan kuning akan menarik minat perhatian orang. Contoh paling dekat adalah Irfan Khairi sendiri yang menjadikan merah dan putih sebagai branding dalam membina laman webnya, iklannya dan sebagainya
  2.  Emotional word jangan diabaikan. Penggunaan ayat "Ketahui teknik mudah menjana wang dengan menggunakan Facebook - terbukti" lebih mendapat attention berbanding "Dapatkan teknik menjana pendapatan menggunakan facebook"

Interest
Macam mana nak tarik minat? apa tujuan orang perlu klik iklan? what if? Berikan benefit...

Desire
Bagi sesuatu agar orang nak klik and grab emotional contohnya free gift or diskaun

Action
to create urgency. Eg:
 "Call us now"
"Click now"

AIDA boleh apply dalam apa sahaja yang anda ingin lakukan terutama dalam business spt buat iklan banner, promosi, youtube, subjek email/ article, etc

9 Kaedah Promosi Perniagaan Internet

9 Kaedah promosi perniagaan Internet telah disampaikan oleh sifuku, Irfan Khairi. Adakah anda menggunakannya?

1. Enjin pencari / Search engine optimization.

Hasilkan blog yang menggunakan keyword-keyword berkenaan dengan perniagaan anda. Jangan lupa, letakkan keyword tersebut di 4 lokasi pada setiap posting blog anda. Kemas kini blog anda sekurang-kurangnya seminggu sekali (lebih banyak lagi bagus) dan setiap posting perlu mengandungi keyword yang anda ingin tujukan.

Jangan lupa juga “kekuatan link” iaitu cuba dapatkan blog / lamanweb / facebook lain untuk link ke blog anda. Lebih banyak link, lebih tinggi kedudukan anda di enjin pencari mengikut keyword yang anda tujukan.

Apa yang anda perlu lakukan: Kemaskini blog anda seminggu sekali menggunakan keyword-keyword terbaik anda!

2. Pengiklanan di Google Adwords

Sudahkah anda mencuba pengiklanan Google Adwords? Ia adalah iklan-iklan yang tertera di bahagian kanan carian Google.com. Pengiklanan berbayar ini adalah “Pay Per Click”, yang bermaksud, anda hanya perlu bayar berdasarkan apabila seseorang klik pada iklan yang anda paparkan.

Iklan yang dipaparkan boleh di tujukan kepada keyword-keyword mengikut pilihan anda. Pastikan iklan ditulis dengan baik, oleh kerana anda inginkan klik yang berkualiti, dan bukan kuantiti. Lebih ramai klik pada iklan anda, kos akan bertambah.

Apa yang anda perlu lakukan: Iklankan perniagaan anda di Google Adwords http://www.google.com/adwords

3. Promosi melalui Facebook

Adakah anda sentiasa kemaskini Facebook anda? Sekurang-kurangnya meletakkan 1 status setiap hari (terbaik adalah 3 status sehari). Jangan lupa juga formula Facebook 9:1 iaitu, kongsikan 9 kali informasi dan 1 kali promosi. Ini akan menambahkan LIKES Facebook anda oleh kerana pengguna Facebook dahagakan informasi dan bukan promosi.

Apa yang anda perlu lakukan: Sering kemaskini Facebook page anda dengan informasi berguna berkenaan industry anda. 9 kali info, 1 kali promosi.

4. Iklan di Facebook
Facebook juga membolehkan anda meletakkan iklan perniagaan anda – yang terpapar di bahagian kanan Facebook. Iklan sebegini boleh di sasarkan khas kepada sasaran pasaran anda seperti, umur, jantina, lokasi, bahasa, likes (walaupun pesaing anda) dan banyak lagi. Istilah yang digunakan ketika kelas adalah “Micro Target”

Apa yang anda perlu lakukan: Mula letakkan iklan untuk perniagaan anda di Facebook! Micro target mengikut sasaran anda paling tepat. Letakkan iklan Facebook melalui http://www.facebook.com/advertising

5. Iklan banner di blog atau laman web berkaitan industry anda
Pernah kah anda meletakkan iklan banner di laman-laman yang berkaitan dengan industry anda? Bina iklan banner menggunakan konsep AIDA dan dapatkan blog atau laman web yang sesuai dengan perniagaan anda untuk meletakkan iklan.

Apa yang anda perlu lakukan: Hubungi pemilik laman web atau blog berkaitan dengan perniagaan anda dan tanyakan harga meletakkan iklan. Sekiranya sesuai dan memenuhi bajet iklan anda – letakkan iklan perniagaan anda!

6. Article Syndication
Terutamanya sekiranya anda mengsasarkan perniagaan anda ke pasaran antarabangsa, teknik article syndication di MESTIKAN. Anda perlu menulis artikel yang berkaitan dengan perniagaan anda yang boleh membantu orang ramai. Kemudian, hantarkan artikel anda di laman direktori artikel seperti http://www.ezinearticles.com/ Lebih banyak artikel anda menulis, lebih banyak artikel tersebut akan beredar di Internet. Jangan lupa, ia juga membantu kekuatan link anda untuk enjin pencari.

Apa yang anda perlu lakukan: Mudah- hasilkan beberapa artikel menarik mengenai industry anda (yang membantu orang ramai) dan hantarkannya ke http://www.ezinearticles.com/

7. Aktif di Forum

Dapatkan beberapa forum yang berkaitan dengan perniagaan anda dan kongsikan kepakaran anda. Jangan gunakan untuk melakukan promosi membuta, tetapi lebih kepada membantu di forum-forum berkenaan dan kongsikan link/laman anda sebagai signature selepas posting anda. Cara ini akan membina kredibiliti anda sebagai pakar dalam industry anda. Ia akan mempromosikan anda sebagai individu, perniagaan anda dan juga kekuatan link. 3 dalam 1!

Apa yang anda perlu lakukan: Mula berkongsi kepakaran anda di forum-forum yang berkaitan dengan industry anda! Bina kredibiliti dan kepercayaan dengan cara membantu orang ramai.

8. Menghasilkan Video YouTube
Menghasilkan video youtube bukan perkara yang mudah. Tetapi, oleh kerana ini juga, pesaing anda tidak melakukannya. Walaupun menggunakan video mungkin tidak dapat menarik ramai pelawat ke laman web anda, tetapi, kuasa video terletak pada membina kredibiliti dan kepercayaan. Mereka yang menonton video anda telah mendapat kepercayaan dan keyakinan dengan anda dan mereka yang masuk ke laman anda selepas menonton adalah pelawat yang berkualiti dan lebih mudah untuk membeli dari anda.

Apa yang anda perlu lakukan: Hasilkan video yang membantu sasaran pasaran anda, seperti tip, tutorial, teknik atau strategi. Kongsikan video anda di YouTube, Blog dan juga Facebook anda untuk menarik pelawat.

9. Twitter
Kini, semakin ramai menggunakan Twitter. Terutamanya sekiranya perniagaan anda mengetengahkan diri anda dan jenama anda sebagain individu, Twitter adalah penting. Seperti Facebook, gunakan formula 9:1 di mana, lebihkan kongsi informasi berkenaan industry anda, dan hanya promosi sekali sekala sahaja untuk menambahkan followers. Retweet dan berinteraksi di dunia twitter untuk meramaikan followers anda.

Apa yang perlu anda lakukan: Kemaskini Twitter anda sekurang-kurangnya sehari sekali (lebih banyak lebih baik). Interaksi bersama mereka di Twitter untuk menambahkan followers.

Tip Pengiklanan Banner

Ada beberapa tip pengiklanan banner yang diberika oleh Irfan Khairi:

Tempat Berkaitan Dengan Produk
Pastikan anda memilih tempat yang terbaik untuk menyasarkan iklan banner anda. Memaparkan banner di laman yang berkaitan dengan anda adalah lebih efektif berbanding dengan memaparkan banner di laman yang tiada kena mengena dengan produk yang anda jual.

Tidak semestinya anda meletakkan iklan di laman-laman besar dan popular, oleh kerana laman yang besar dan popular pastinya mengenakan bayaran yang mahal. Iklan di laman yang lebih kecil (niche) tetapi berkaitan dengan industri anda adalah lebih murah dan efektif.

Tempat Kurang Iklan
Meletakkan iklan banner di laman web yang sedia banyak iklan, akan menjadikan iklan anda tenggelam dan kurang mendapat sambutan. Terbaik adalah memaparkan iklan di tempat yang kurang terdapat pengiklanan.

Teknik AIDA
Gunakan iklan yang mempunyai ciri-ciri A-I-D-A. Iaitu, iklan yang menarik ATTENTION (perhatian), mencipta INTEREST (minat), menghasilkan DESIRE (kemahuan) membeli dan yang menyeru ACTION (aksi) untuk klik pada iklan tersebut. Itu lah AIDA!


Sebab orang klik
Pastikan anda meletakkan sebab mengapa orang perlu kilk pada iklan anda. Sesuatu percuma atau tawaran/diskaun adalah antara sebab orang akan klik pada iklan banner anda. Berikan sedikit “hadiah”!


Animasi vs Static
Banner yang mempunyai animasi adalah lebih efektif berbanding dengan banner yang static. Banner yang beranimasi akan dapat menarik perhatian orang untuk melihat iklan banner anda.
1st display ATTENTION, 2nd display INTEREST , 3rd display  DESIRE and lastly 4th display ACTION

Banner yang berbeza
Cuba beberapa banner yang berbeza untuk iklankan perniagaan anda. Ini kerana, respon yang anda dapat melalui satu banner mungkin berbeza dengan banner yang lain. Sesuatu banner mungkin mendapat respon yang bagus, tetapi, banner anda yang lain mendapat respon yang kurang bagus. Sekiranya anda tidak mencuba, anda juga tidak tahu banner yang mana adalah lebih efektif.

Lokasi Teratas Laman Web
Iklan banner yang terpapar di bahagian atas sesuatu laman web adalah lebih efektif berbanding dnegan iklan-iklan yang dipaparkan di bahagian bawah sesuatu laman web. Sekiranya bajet anda cukup, pilih lokasi yang teratas di sesuatu laman web untuk pengiklanan.

Letak Banyak Lokasi Web
Cuba meletakkan banner di beberapa lokasi dan pastikan anda merekodkan pencapaian di lokasi-lokasi tersebut. Ini kerana, respon banner anda di sesuatu laman web adalah berbeza dengan laman yang lain. Pastikan anda mendapat pulangan pelaburan daripada paparan banner anda. Oleh sebab itu, anda perlu jejak dan rekod capaian banner anda di laman-laman yang berbeza.

Mesej Jelas
Jangan terlalu banyak maklumat di dalam sesuatu banner. Pastikan tulisan dan mesej yang anda ingin sampaikan adalah jelas. Sering kali saiz banner adalah kecil. Dengan cuba memuatkan terlalu banyak perkara, ia akan mengakibatkan banner tersebut terlalu padat dan sukar menyampaikan mesej pengiklanan anda.

Klik
Matlamat utama anda dalam pengiklanan banner adalah untuk mendapatkan orang klik pada banner anda. Lihat pada iklan banner anda dan Tanya pada diri sendiri. Adakah anda akan klik pada banner ini sekiranya terlihat? Sekiranya jawapan anda adalah TIDAK, maka, anda perlu hasilkan banner baru yang mendapat jawapan YA!



Sumber: Irfan Khairi

12 Emotional Words and Power Words

There are 12 emotional words that attract people to read your article, to open and read your email or  to buy your products.

  1. Anda / You
  2. Jimat / Save
  3. Keputusan / result
  4. Kesihatan / Health
  5. Cinta / Love
  6. Wang / Money
  7. Mudah / Easy
  8. Baru / New
  9. Keselamatan / Safety
  10. Ketahui / Know
  11. Terjamin / Guarantee
Emotional words BOOM your life!!!

Source: Irfan Khairi, AsiaeUniversity

Tips Menulis Blog daripada Irfan Khairi

 Tip Blog ini juga aku compilekan daripada facebook Irfan Khairi.

Ruangan ‘Hubungi Kami
Sebuah blog boleh dikatakan cacat apabila tidak mempunyai dua ruangan ini, iaitu ruangan ‘About Us’ (tentang kami) dan juga ruangan Hubungi. Ruangan tentang kami’ adalah secara ringkas mengenai anda ataupun perniagaan anda. Letakkan nama, alamat premis perniagaan, no telefon dan gambar anda / premis jika mahu. Nyatakan kepakaran anda dan juga pengalaman yang ada. Manakala ruangan hubungi pula, letakkan borang hubungi (contact form) untuk memudahkan pembaca blog menghubungi anda terus dari blog.

Berkongsi maklumat percuma
Elakkan terlalu kerap mempromosikan produk dan perniagaan dalam ‘blog post’ (penulisan di blog). Kongsikan maklumat percuma kepada pembaca seperti pengalaman kita sebagai usahawan, tip-tip motivasi, aktiviti harian kita sebagai usahawan dan sebagainya. Biasanya, pengguna Internet mencari maklumat melalui Google untuk menyelesaikan masalah mereka ataupun mengumpul maklumat (membuat survey) terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian.

Memberi habuan kepada pembaca setia
Semakin lama kita menulis di blog, biasanya kita akan mengenali siapa pembaca blog yang setia melalui kekerapan komen yang mereka tinggalkan pada tulisan kita. Pembaca setia (tegar) adalah berbeza dengan pembaca biasa. Mereka perlu diberikan fokus yang lebih agar mereka rasa dihargai oleh kita. Berikan habuan ataupun hadiah kepada mereka, ataupun adakan satu ‘pertemuan rahsia’ bersama mereka.

Aku suka dengan blog Lin Handmade Greetings Card kerana tiap-tiap bulan Lin adakan lucky draw untuk pembaca blognye... Apa lagi... jom join. mana tau nasib anda menyebelahi diri untuk memenangi hadiah yang Lin tawarkan

Konsisten menulis
Satu soalan yang sering ditanya adalah, berapa kekerapan penulisan di blog? Tiada jawapan mutlak untuk soalan ini kerana contohnya, ada blog yang menulis sekali sebulan sahaja tetapi konsisten melakukannya pada setiap bulan. Pembaca blog itu sentiasa menunggu tulisan terbaru pada setiap bulan. Apa yang terbaik adalah kita sentiasa menulis secara berterusan, tidak kira sama ada sekali seminggu ataupun sekali sebulan, asalkan kita tidak berhenti menulis terlalu lama. Pastikan pembaca blog kita tahu berapa kekerapan kita men ulis agar mereka tidak ternanti-nanti. Namun perlu ingat, lebih banyak tulisan kita di blog, lebih mudah orang akan terjumpa artikel kita melalui enjin pencari.

Menurut Irfan Khairi, masa dia awal-awal terlibat dengan Internet, tiap-tiap hari dia menulis blog. Sebabnye tentulah SEO, makin banyak kita menulis blog, lagi mudah enjin pencari nak jumpa artikel kita.

Sertakan ‘keyword’ dalam post (artikel)
Setiap kali menulis post (artikel) di blog, satu-satunya perkara yang wajib dilakukan adalah menggunakan keyword (perkataan) yang berkaitan dengan produk dan perniagaan kita. Tujuannya tidak lain adalah untuk SEO (salah satu usaha untuk blog ditemui di Google).

Komen di blog perniagaan lain
Salah satu cara mendapatkan pembaca ke blog kita adalah dengan memberikan komen di blog orang lain. Berikan komen yang bernas, profesional dan berisi. Jangan masukkan link blog kita dalam bahagian komen kerana ia akan mengundang rasa tidak selesa kepada pembaca lain dan juga pemilik blog. Memberi komen di blog lain juga adalah proses membina kredibiliti dan rangkaian (kenalan) bersama pemilik blog-blog itu.

Sedikit lebih banyak. - “Less is more”.
Gunakan konsep ini untuk blog anda. Elakkan meletak terlalu banyak iklan pada bahagian sidebar blog ataupun dalam bahagian post. Meletak terlalu banyak iklan akan menyebabkan kita dianggap sebagai tidak profesional. Ingat, blog diwujudkan adalah untuk berkongsi idea, tip, ilmu dan pengalaman. Kita menjual dalam halus (soft selling).

Tajuk yang ‘catchy’
Tajuk artikel yang menarik akan menyebabkan pembaca tertarik untuk membaca artikel itu. Contoh tajuk yang menarik adalah tajuk yang bermula seperti “xx cara ________”, “Bagaimana _________”, “Rahsia ________” dan “xx sebab ________”.

Menjadi penulis tetamu
Selain menulis di blog sendiri, luangkan masa untuk menulis di blog orang lain. Sebaiknya, blog itu juga adalah blog yang satu industri / topik yang sama dengan perniagaan yang kita lakukan, namun ini bukanlah syarat utama. Kelebihan menulis di blog orang lain adalah kita akan membina link ke blog kita secara mudah dan percuma (letak link blog di akhir artikel). Kedua, kita mampu membina kredibiliti dan dianggap sebagai pakar terhadap topik yang sering kita tulis.

Gunakan laman web sosial media
Blog tanpa laman web sosial akan menjadi tempang, kerana web sosial seperti Facebook, Google+ dan Twitter adalah tempat berkumpulnya pembaca-pembaca blog kita. Mereka sering online di sana. Jadi salah satu cara untuk memberitahu kepada mereka kita ada publish tulisan yang baru di blog adalah dengan memberitahu di laman sosial seperti Facebook Page yang kita wujudkan.

Tiada Idea
Sekiranya tiada idea untuk meletakkan blog posting, apa kata rujuk laman-laman luar Negara (English) dan olahkan kepada bahasa Malaysia (atau sebaliknya). Apa yang penting adalah, tidak dibenarkan cut and paste, tetapi, dibenarkan anda menyampai dan mengolah semula menggunakan cara dan bahasa/ayat anda sendiri.

Schedule Post
Anda boleh tulis banyak-banyak post sekaligus dan tetapkan tarikh dan masa post itu akan keluar (publish) di blog. Dengan cara ini, anda tidak perlu masuk ke blog setiap hari untuk menulis. Kaedah ini amat sesuai untuk anda yang sibuk.

Tips Mengguna Facebook Dengan Betul dan Bijak daripada Irfan Khairi dan Dr. Azizan Osman



Tips mengguna facebook ini aku compilekan daripada email sifu aku, Irfan Khairi dan Bryan Gan/Dr Azizan Osman

Elakkan 'spamming'
Spamming adalah aktiviti menghantar iklan kita kepada orang yang tidak dikenali. Sebagai contoh, anda menghantar mesej kepada seseorang yang anda tidak kenal, anda 'tag' gambar atau iklan yang tidak berkenaan dengan mereka, anda promosi secara membabi buta di group dan page yang tidak berkaitan dengan iklan,atau anda sengaja mencipta satu 'event' semata-mata untuk menghantar mesej ke inbox semua rakan anda! Aktiviti ini boleh menjatuhkan kredibiliti anda!

Soft selling
Bina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Dengan ini, kita dapat membina kredibiliti dan secara tidak langsung, dapat membina hubungan baik dengan mereka. Amalkan teknik soft selling dalam pemasaran anda di Facebook.InsyaAllah anda akan dapat melihat hasilnya.. Elakkan hard selling...

Sumber: Tip 1 Pemasaran Viral Facebook Bryan Gan/
Dr Azizan Osman

Sumber: Tip 2 Pemasaran Viral Facebook Bryan Gan/
Dr Azizan Osman


Membalas komen & pertanyaan dengan Pantas
Ini adalah salah satu teknik yang paling penting. Apabila ada Fans memberikan komen di status kita, perlu untuk cepat-cepat kita membalas komen itu. Jika mereka bertanya, bantu kefahaman mereka dengan menjawab dengan jelas dan mudah. Dengan ini, meraka akan menganggap kita bersungguh-sungguh untuk membantu mereka.

Komunikasi di Inbox
Apabila kita berkomunikasi melalui Inbox, ia adalah satu perkara yang amat baik. Ini bermaksud Fans atau Friends itu sudah mula berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk kita. Jawab pertanyaan mereka sehingga mereka faham dan jelas. Tulis mesej dengan bahasa yang baik dan jangan sesekali memaksa mereka membeli produk kita

Berikan komen yang bernas
Apabila mereka memberikan komen, tugas kita adalah memberikan komen yang terbaik. Jadikan ia ruangan komen dan ruangan perbincangan dengan berbalas komen. Status itu akan menjadi viral dan dapat dilihat oleh rakan-rakan mereka yang belum Like Fan Page kita. Biarkan mereka terus bertanya di ruangan komen, kerana ia baik untuk proses pembinaan hubungan.

Buka ruangan 'wall' kepada umum
Membuka wall kepada umum agar mereka dapat menulis sesuatu adalah satu tindakan yang menguntungkan kerana mereka dapat terus berkomunikasi dengan kita tanpa melalui Inbox, ruangan komen, sebaliknya terus di ruangan terbuka. Fans lain pula akan membaca jawapan dan balasan kita yang profesional.

Kongsi Maklumat Visual
Anda boleh kongsikan maklumat berbentuk video dengan menggunakan You Tube. Pastikan anda muat turun video paling minimum 3 minit. Pada masa kini, kehebatan youtube amat tidak dapat disangkal lagi kerana ia agen pencari maklumat no. 2 selepas google.

Sumber: Tip 3 Pemasaran Viral Facebook Bryan Gan/
Dr Azizan Osman

Pengiklanan di Facebook
Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana lamanweb pengiklanan yang lain. Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.

Kongsi cerita dan aktiviti
Sebagai usahawan, sudah semestinya kita banyak aktiviti pada setiap hari. Kongsikan perkara bisnes yang sedang, telah ataupun yang akan kita lakukan. Jika boleh, tulis ia secara umum dan tergantung agar Fans ataupun Friends bertanya untuk lebih tahu. Contohnya, kita nyatakan begini: "Baru balik dari pejabat pos. Hantar 10 bungkusan kepada pelanggan dari beberapa negeri." Apabila kita tulis begini, mereka akan bertanya, produk apa yang kita jual dan lain-lain soalan.

Letak gambar menarik
Kita boleh meletak gambar yang menarik perhatian mereka. Gambar itu sama ada milik kita ataupun kita kongsikan daripada sumber lain. Gambar-gambar yang menarik adalah seperti gambar yang lucu, keindahan alam, dan termasuklah gambar berkaitan bisnes kita seperti gambar bungkusan produk. Asasnya, manusia lebih sukakan gambar (imej) berbanding teks. Malah mengikut kajian, status Facebook yang disertakan dengan imej lebih mendapat respons yang tinggi berbanding teks sahaja.

Tagging
 ‘UPLOAD’ gambar dan kongsikan gambar kepada rakan anda, sama ada share di wall atau menggunakan sistem TAGGING. Ya, sistem Tagging ini diakui berkesan kerana anda boleh memilih dan tag bakal prospek anda serta Facebook juga akan menghantar “email notification” untuk mengatakan prospek anda telah diTAG. Tetapi AWAS ! Jangan Tag kepada orang yang kita tidak kenal.


Semoga tip facebook ini menjadi manfaat pada semua.