Sunday, January 29, 2012

Penyimpanan Chocolate

  • Penyimpanan adalah faktor yang terpenting dalam pembuatan coklat.
  • Lindungi coklat dari suhu yang kerap-kerap berubah, terdedah kepada cahaya dan bau yang kurang menyenangkan
  • Suhu yang disyorkan adalah 15-20c
  • Jangan menyimpan di dalam peti sejuk yang suhunya di bawah 12c kerana akan menyebabkan proses kondensasi berlaku di permukaan coklat yang dipanggil "sugar bloom"

Craque Lait Noire


Filling
250gm Milk Compound Beryls
225 Almond paste

Cara membuat:
  1. Cairkan milk chocolate
  2. Angkat dan masukkan almond paste n kacau
  3. Masukkan dalam piping bag dan guna nozzle no. 14
  4. Paipkan ke dalam kelonsong /shell coklat (keluarkan shell daripada mould terlebih dahulu sebelum paipkan filling)

Mint Chocolate

250gm white compound Beryls Gourmet
1 sudu teh mint flavouring
200gm Dark compound Beryls Gourmet
30gm almond nibbs

cara membuatnye....
aku belum try lagi... dan lagi semasa dalam kelas Beryls, encik Luqman tak sempat nak mengajar kerana kesuntukan masa.....

Type of Ganache

Jenis Ganache

Applikasi

Nisbah Asas

Resepi

Cair

Cair sedikit

Sesuai untuk topping cake dan filling dalam coklat jenis acuan

1:1 hingga 1.5

100gm whipping cream

100-150gm chocolate

Sederhana

Konsistensinya boleh dipaip atas kek dan filling dalam coklat jenis acuan

1:1.5 hingga 2

100gm whipping cream

150-200gm chocolate

Berat

Untuk membuat coklat berbentuk potongan

1:2 hingga 2.5

100gm whipping cream

200-250gm chocolate



Sumber: Beryl’s Chocolate and Confectionary Sdn Bhd. , Kelas Coklat di Rakan Semenyih pada 7 Jan 2012

Wednesday, January 25, 2012

Milk Classique

  1. Daripada resepi Naked Ganache Chocolate, dapat hasilkan Milk Classique juga.
  2. Daripada potongan 4 segi ganache (tanpa taburkan serbuk coklat), celupkan ke dalam milk chocolate yang telah dicairkan.
  3. Potong transfer sheet dan letak di atas ganache
  4. Kemudian, biarkan coklat keras
  5. Tanggalkan transfer sheet dan kita dapat lihat corak di atas ganache
    inilah hasilnya jika tanggalkan transfer sheet bila tak betul-betul keras

Milk Truffle Ball

  1. Daripada resepi Naked Ganache Chocolate, resepi Milk Truffle Ball dapat juga dihasilkan. Cuma bulat-bulatkan potongan 4 segi ganache (tanpa taburkan serbuk coklat).
  2. Then, celupkan ke dalam milk chocolate yang telah dicairkan.
  3. Jika nak corak-corakkan, boleh golekkan di atas rak
  4. kemudian, biarkan coklat keras
  5. Paipkan dengan white chocolate