Sunday, June 26, 2011

Pembekal Barang Kek dan Biskut

bolehlah kunjungi web ni untuk dapatkan senarai pembekal barang2 kek n biskut:

http://alkiram.net/salam/2008/03/28/alamat-kedai-menjual-barang-barang-kek-biskut-dan-kueh/

Namun, kedai yang selalu aku kunjungi kebelakangan ini adalah di
Yummies Bakery, 22 Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor. Yummies juga menganjurkan kelas-kelas masakan setiap minggu dengan harga yang agak murah. Sekiranya berminat bolehlah tengok jadual di sini


Selain itu, aku juga ke Rakan atau Rakanda Semenyih, 18,20,22,22A-G , Jalan semenyih sentral 6, 43500 Semenyih, Malaysia Get Directions.

Bagus - Bakery Supplier

Jika nak dapatkan barang2 buat biskut dan kek, boleh la kunjungi kedai Bagus dan boleh ikuti kelas2 yang di anjurkan. Di sinilah aku bermula belajar membuat kek.

http://www.bagus.com.my/


214 Jalan Negara 2,
Taman Melawati,
53000 Kuala Lumpur.
Tel : 03 4106 0688
Faks : 4101 0488

2724,Jalan Permata 4,
Taman Permata,
53300 Ampang.
Selangor Darul Ehsan.

56-58 Jalan Rugbi 13/30,
Seksyen13,
41000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 5511 0688
Faks : 03 5511 0689


3A,Jalan Jelok 6,Metro Point,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 8736 5688
Faks : 03 8733 5689

No 27,Lorong Batu Nilam 21C,
Bandar Bukit Tinggi,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 3324 0288

Saturday, June 25, 2011

Butter Cream

Sumber: Chef Fauziah

Buttercream Untuk Sapuan atas Cupcake
250gm butter
500gm gula ising

Buttercream Untuk Bunga dan Hiasan
250gm butter
500gm gula ising
500 gm shortening
500gm krimwell

Mesin sekejap. Kelajuan yang perlahan selama 1 minit. Selepas itu lajukan selama 10 minit

---------------------------------------------------

ini pula resepi dari Chef Baini:

Butter Cream
120g butter/creamlite
360 icing sugar
1 1/2 tsp clear vanilla

Pukul semua bahan2 di atas. Jika keras, boleh masukkan sikit air. Butter cream ni juga untuk sapuan atas kek.

**resepi ni banyak gula dan agak kering compare Chef Fauziah. Aku lbh suka ikut resepi chef Fauziah untuk butter cream

** Guna clear vanilla je, jika guna vanilla yang hitam tu, nanti warna jd tak putih pulak....

White Egg Royal Icing
1 white egg
250g icing sugar
1/2 lemon juice
water

Mix together all ingredients.

*Royal icing ni macam mask atau gam untuk lekatkan bunga gum paste atas fondant.
Jika nak guna butter cream ok juga sekiranya tak nak guna royal icing ni


Petua Chef Fauziah

Menghadiri kelas Chef Fauziah, bermacam-macam tips yang di perolehi. Antara tips tersebut:

  • tepung superfine = 3 kali ayak tepung gandum
  • Tepung naik sendiri = 1 kg tepung gandum + 3 sudu teh baking powder. Ayak 3 kali
  • Elak kek mengecut selepas dibakar, cepat-cepat angkat kek dan keluarkan dari oven dan terbalikkan. Jangan keluarkan kek dari loyang ketika itu. keluarkan kek dari loyang setelah sejuk
  • Agar kek rata: sebelum bakar, ketuk2 kan sebanyak 3 kali
  • Untuk sapukan krim atas kek, kedudukan spatula 45 darjah
  • Untuk cantikkan cheese cake ketika memotong, panaskan pisau terlebih dahulu
  • Sebab kek kecut lepas bakar kerana pukul gula caster dan butter agak lama serta tak korek2 bahagian bawah semasa mix gula dan butter. Lepas 5 minit kena berkenti kejap utk korek2 agar gula dan butter dipukul rata