Tips mengguna facebook ini aku compilekan daripada email sifu aku, Irfan Khairi dan Bryan Gan/Dr Azizan Osman
Elakkan 'spamming'
Spamming adalah aktiviti menghantar iklan kita
kepada orang yang tidak dikenali. Sebagai contoh, anda menghantar mesej
kepada seseorang yang anda tidak kenal, anda 'tag' gambar atau iklan
yang tidak berkenaan dengan mereka, anda promosi secara membabi buta di
group dan page yang tidak berkaitan dengan iklan,atau anda sengaja
mencipta satu 'event' semata-mata untuk menghantar mesej ke inbox semua
rakan anda! Aktiviti ini boleh menjatuhkan kredibiliti anda!
Soft selling
Bina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih
dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Dengan ini, kita dapat
membina kredibiliti dan secara tidak langsung, dapat membina hubungan
baik dengan mereka. Amalkan teknik soft selling dalam pemasaran anda di
Facebook.InsyaAllah anda akan dapat melihat hasilnya.. Elakkan hard selling...
Sumber: Tip 1 Pemasaran Viral Facebook Bryan Gan/
Dr Azizan Osman
Sumber: Tip 2 Pemasaran Viral Facebook Bryan Gan/
Dr Azizan Osman
Membalas komen & pertanyaan dengan Pantas
Ini adalah salah satu
teknik yang paling penting. Apabila ada Fans memberikan komen di status
kita, perlu untuk cepat-cepat kita membalas komen itu. Jika mereka
bertanya, bantu kefahaman mereka dengan menjawab dengan jelas dan mudah.
Dengan ini, meraka akan menganggap kita bersungguh-sungguh untuk
membantu mereka.
Komunikasi di Inbox
Apabila kita berkomunikasi melalui Inbox, ia
adalah satu perkara yang amat baik. Ini bermaksud Fans atau Friends itu
sudah mula berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk kita. Jawab
pertanyaan mereka sehingga mereka faham dan jelas. Tulis mesej dengan
bahasa yang baik dan jangan sesekali memaksa mereka membeli produk kita
Berikan komen yang bernas
Apabila mereka memberikan komen, tugas kita
adalah memberikan komen yang terbaik. Jadikan ia ruangan komen dan
ruangan perbincangan dengan berbalas komen. Status itu akan menjadi
viral dan dapat dilihat oleh rakan-rakan mereka yang belum Like Fan Page
kita. Biarkan mereka terus bertanya di ruangan komen, kerana ia baik
untuk proses pembinaan hubungan.
Buka ruangan 'wall' kepada umum
Membuka wall kepada umum agar mereka
dapat menulis sesuatu adalah satu tindakan yang menguntungkan kerana
mereka dapat terus berkomunikasi dengan kita tanpa melalui Inbox,
ruangan komen, sebaliknya terus di ruangan terbuka. Fans lain pula akan
membaca jawapan dan balasan kita yang profesional.
Kongsi Maklumat Visual
Anda boleh kongsikan maklumat berbentuk video dengan menggunakan You Tube. Pastikan anda muat turun video paling minimum 3 minit. Pada masa kini, kehebatan youtube amat tidak dapat disangkal lagi kerana ia agen pencari maklumat no. 2 selepas google.
Sumber: Tip 3 Pemasaran Viral Facebook Bryan Gan/
Dr Azizan Osman
Pengiklanan di Facebook
Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang
disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus,
tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur,
minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana
lamanweb pengiklanan yang lain. Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos
(berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan
pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.
Kongsi cerita dan aktiviti
Sebagai usahawan, sudah semestinya kita
banyak aktiviti pada setiap hari. Kongsikan perkara bisnes yang sedang,
telah ataupun yang akan kita lakukan. Jika boleh, tulis ia secara umum
dan tergantung agar Fans ataupun Friends bertanya untuk lebih tahu.
Contohnya, kita nyatakan begini: "Baru balik dari pejabat pos. Hantar 10
bungkusan kepada pelanggan dari beberapa negeri." Apabila kita tulis
begini, mereka akan bertanya, produk apa yang kita jual dan lain-lain
soalan.
Letak gambar menarik
Kita boleh meletak gambar yang menarik perhatian
mereka. Gambar itu sama ada milik kita ataupun kita kongsikan daripada
sumber lain. Gambar-gambar yang menarik adalah seperti gambar yang lucu,
keindahan alam, dan termasuklah gambar berkaitan bisnes kita seperti
gambar bungkusan produk. Asasnya, manusia lebih sukakan gambar (imej)
berbanding teks. Malah mengikut kajian, status Facebook yang disertakan
dengan imej lebih mendapat respons yang tinggi berbanding teks sahaja.
Tagging
‘UPLOAD’ gambar dan kongsikan gambar kepada rakan anda, sama ada share di wall atau menggunakan sistem TAGGING. Ya, sistem Tagging ini diakui berkesan kerana anda boleh memilih dan tag bakal prospek anda serta Facebook juga akan menghantar “email notification” untuk mengatakan prospek anda telah diTAG. Tetapi AWAS ! Jangan Tag kepada orang yang kita tidak kenal.
Semoga tip facebook ini menjadi manfaat pada semua.