Tuesday, February 25, 2014

Teknik Ramuan Mandian Buih Madu - Telur Putih



"Relax More, Stress Less"

Membuat Mandian Buih Madu - Telur Putih

Campurkan ½ cawan cecair sabun mandian, 1 sudu besar madu 1 biji putih telur ke dalam tab mandian. 

Madu - melembapkan kulit
Putih telur - untuk buih tahan lebih lama dan lebih halus

Untuk kulit kering - masukkan 1 sudu besar light oil seperti minyak badam atau bijan

Garam Aura

Tuesday, February 11, 2014

Akhlak in Islam

Modul kedua dalam Training of Trainer for New Muslim malam tadi adalah Akhlak in Islam.
Lihat keindahan Islam berdasarkan sumber Islam,  bukan dengan melihat perangai orang Islam.

Aku teringat tentang Wilson yang baik hati dan peramah serta pandai layan pelanggan-pelanggannya bila Bro Lim Jooin Soon menceritakan tentang kisahnya membeli beras dan beli barang di Chow Kit. Bila beli buah , sayur atau barang ke Chow Kit, beliau dilayan macam raja. Barang-barang akan dihantar terus ke keretanya. Tentang kisah beli beras, Bro Lim memberitahu  8 kampit beras tidak dikira dalam bil. Tauke kedai kata tak pernah pelanggan mereka yang lain beli barang memberitahu mereka kalau tersilap kira. Lepas itu, bila Bro Lim beli barang di kedai itu, mereka tak kisah bila Bro Lim akan bayar dan tak kisah apa nak ambil.

Apabila seseorang sudah percaya pada kita, orang lain akan ambil tidak kisah. Aku masih ada hutang baiki motorsikal dengan Wilson tahun 2013. Wilson hingga kini masih tak kisah. Bila aku tanya berapa jumlah, dia kata masih tak kira lagi. Pelik dan  kelakar pun ada.

Sebelum Chinese New Year 2014, aku berkunjung ke kedainya lagi. Masih tak nak aku bayar. Sangkakan sebelum Chinese New Year tentulah Wilson akan terima bayaran baiki motosikal. Sebaliknya, perkara biasa aku dengan Wilson adalah berchit-chat, gelak ketawa dengan keletahnya yang suka mengusik dan kongsi macam-macam cerita. Lepas itu, dia suruh aku balik. Dia kata dia masih sibuk nak kira bayaran baiki motorsikal aku.

Syukur, bertemu rakan macam Wilson yang baik hati ini. May God bless him!

Monday, February 10, 2014

Kenali Budaya Syiah

Sepanjang berkenalan dengan seorang rakan yang berfahaman Syiah,
ada beberapa perkara yang berbeza dengan amalan golongan Sunni. Antaranya;

1- Syiah: Berpuasa penuh selama 3 bulan bermulanya dari bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan
    Sunni: Rejab dan Syaaban hanyalah sunat. Tidak perlu berpuasa secara penuh.

2- Syiah: Orang bukan Islam tidak akan dihidangkan daging yang telah diselawat ketika penyembelihan
    Sunni: Untuk agihan daging korban, hanya diutamakan kepada orang Islam. Namun, bukan Islam        boleh makan hidangan  daging korban tersebut.

3- Syiah: Sebelum /selepas makan akan mencubit garam
    Sunni: Amalan ini adalah sunnah Rasulullah. Namun, kebanyakan Muslim tidak mengamalkannya.   Kenapa ye??

4- Syiah: Amat memuliakan tetamu. Tetamu akan dihidang makanan dan tetamu perlu memakan (sebaik-baiknya habiskan) sebelum pulang.
     Sunni: muliakan tetamu juga. Kalau ada yang tak muliakan tetamu tu maknanya tuan rumah tu sombong la ataupun malas...Ye ke?

5. Syiah: Solatnya jamak.
   Sunni: Jamak ketika musafir sahaja

Teh Herba Dinikmati di Rumah Arva


Semalam kebetulan atau mungkin telah dijodohkan untuk bertemu dengan Arva yang sekian lama tidak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan. Janji dengan Dr Abu Hashim untuk berjumpa di Dewan Gemilang, sebelah Giant Kelana Jaya nak berikan dia 15 set cadar 3D untuk dia bawa pulang ke Kedah untuk diserahkan pada isterinya, Jumatun. Sementara menunggu Dr Abu selesai hadiri majlis kenduri, aku fikir lebih baik aku ziarah Arva yang mana rumahnya berdekatan dengan Giant tersebut. Alhamdulillah, Arva ada di rumah. Bolehlah aku tumpang solat juga di rumahnya.

Berkunjung di rumahnya,  Arva  akan sediakan nasi atau apa-apa jenis menu. Kali ni hidangan yang istimewa adalah nasi brasmati yang dimasak dengan jintan putih serta sedikit minyak sapi. Menu lain adalah kari kambing.

Selain itu, antara minuman yang paling aku suka bila berkunjung ke rumahnya adalah tehnya. Kali ini aku dapat belajar cara nak hidangkan teh herba kesukaan aku ini. Masak teh dengan beberapa liter air hingga kembang dan mendidih. Masukkan gula, beberapa biji pelaga yang dikopek-kopek. Akhirnya sekali masukkan susu segar. Masak hingga didih.

Arva turut berkongsi tentang kelebihan kenapa masyarakat India amat mementingkan rempah ratus dalam masakan. Rempah ratus berfungsi untuk menguatkan gigi.

Petua lain yang dikongsikan Arva adalah tentang buah keras. Buah keras dimasukkan ke dalam sup. Aku guna buah keras bila buat kuah mee kari nyonya sahaja.

Sebenarnya, aku kurang suka masakan India tetapi bila Arva masak, aku suka pula. Rupa-rupanya kenapa masakan India di kedai-kedai mamak tak memnuhi citarasa aku sebagaimana Arva masak sebab keaslian rempah yang digunakan. Rempah di kategorikan barang yang mahal. Makanan India yang sedap adalah mahal juga bergantung jenis rempah yang dimasukkan.

Terdapat balang yang mengandungi walnut, kismis dan almond di ruang tamu. Pengambilan makanan ini turut menjadi kemestian setiap hari. Ini untuk menguatkan otak untuk memudahkan hafal Quran. Setiap hari, anak-anaknya akan menghafal alQuran sekurang-kurangnya sejam sehari dari pukul 4pm hingga 5pm.



Thursday, May 30, 2013

Crunchy Chocolate tempahan Majlis Perkahwinan

Crunchy Chocolate yang aku hasilkan dari Beryl's yang memang sedap dan bermutu. 
Rasailah rasa crunchy coklat  dari wafer dan badam cincang. 

 Rakan-rakan ofis aku turut dapat Crunchy Chocolate juga. Mereka turut tak dilupakan


 Crunchy Chocolate dihiaskan dengan quilling hijau. 
Cantik pula quilling LOVE warna hijau ini. 
Biasanya LOVE warna merah. hehehehe
Nak ikut tema, hijau pun hijau la....
yang penting customer happy dan suka!!!

Crunchy Chocolate stick ini sebenarnya untuk program anak Rohingya di Selayang.
Terlupa pula nak bawa coklat ini semasa program Yayasan Salam.
Oleh itu, coklat ini aku hadiahkan pada customer untuk majlis perkahwinan. 
Kiranya, Coklat ini dapat diberikan pada kanak-kanak juga. 

Untuk tempahan, hubungi saya 0136785084

Hot Dal Crunchy



Hot Dal ini sekali makan nak lagi.... Nyummmm....


 

Sherly tengah kusyuk makan Hot Dal



Sukanya Sherly dapat Hot Dal yang dihias dengan reben. 
Hot Dal ini sebenarnya adik aku, Jumatun yang kasi pada aku untuk dibawa pulang. 
Jumatun buatkan untuk tempahan majlis perkahwinan anak saudara suaminya.

Ada sesiapa ingin dapatkan Hot Dal ini, untuk majlis perkahwinan, 
Hari raya yang dah tak lama lagi  serta 
kudap-kudapan

sila SMS 012-5013245

Monday, January 14, 2013

Kelas Mini Pack Cake dan Marble Cake 20 Januari 2013 di Yummies Bangi

Kelas Mini Pack Cake dan Marble Cake ini di adakan pada 20 Januari 2013 di Yummies Bangi. Boleh register di Yummies. Kelas bermula pada 2pm hingga 5.30pm. Yuran sebanyak RM120 dikenakan





Kelas Masakan 25 Januari 2013 di BFEE Bangi

Kelas Masakan ini diadakan pada 25 Januari 2013 di BFEE Bangi
Seat limited, register di Yummies



Monday, December 31, 2012

Teknik Guna Garam Bukit Untuk Cuci Aura


Garam bukit amat baik untuk diamalkan kerana ia dapat meningkatkan tahap kesihatan. Namun, selepas seminar berani 2013 yang diadakan di Wisma MCA hari ini, sessi rahsia aura diterangkan oleh Dr Azizan Osman yang mana macam mana kita nak mencuci aura atau jadi aura besar dengan menggunakan garam. Tekniknya adalah:
  1. mandi laut
  2. mandi garam bukit setiap pagi atau sebelum tidur. Caranya dengan mencampurkan 1 gayung air dan 1 sudu garam dalam jirusan akhir atau sebelum jirusan akhir. Perlu selawat 11 kali dan niat agar memperolehi aura yang lebih baik, bersihkan hati, atau apa2 je
Selain menggunakan garam, untuk mencuci aura juga boleh dilakukan dengan:
  1. istiqfar setiap hari sebanyak 101 kali
  2. selawat sebanyak 1000 kali selepas subuh setiap hari selama 21 hari tanpa miss (jika miss, kena ulang semula)
  3. jangan marah kerana marah itu membocorkan sel vibration
  4. tarik nafas, tahan + senyum dan lepaskan nafas
  5. mandi air terjun
  6. solat tahajjud
  7. solat dhuha
Maklumat lanjut dan testimonial tentang mereka yang menggunakan garam bukit boleh berkunjung ke facebook page Secret Salt dan klik LIKE dan boleh share juga. Lawati juga www.secretsalt.com.my (akan siap beberapa hari saja lagi)

Friday, December 28, 2012

Kelas Belajar Coklat Praline Puratos 18 Jan 2013

Kelas belajar coklat kali ini daripada Puratos Malaysia pula. Jika berminat boleh register di Yummies Bangi 

Tarikh: 18 Jan 2013 (jgn ikut dlm iklan tu, iklan tu silap tahun)
Masa: 12.30pm-2.30pm (Jumaat)
No. 25-G-01 & 26-G-01, Jalan Medan Pb2b, Seksyen 9, Pusat Bandar Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650
 +60 (0)3 8925-8098

Bayaran: RM25 (ahli), RM30 (non-member)



kelas masakan Chef May 29 Dec 2012

Kelas masakan Chef May ini diadakan di
lokasi: BFEE, Bangi
 No. 25-G-01 & 26-G-01, Jalan Medan Pb2b, Seksyen 9, Pusat Bandar Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650
 +60 (0)3 8925-8098

Tarikh: 20 Dec 2012
Masa: 2pm-5pm

4 jenis resepi akan diajar:
  1. Triple Decker cheese cake
  2. golden angel almond cake
  3. cheesy pineapple tart
  4. almond cinnamon sable


Mengubah Bunga Tangan Teluki dan White Rose

Bunga tangan ini disediakan oleh adikku Jamilah untuk adik ipar kepada saudara lelakiku Aman. Lupa pula ambil gambar bunga tangan ini lepas siap :( 





Bunga Tangan Ros Pink dan Purple

Bunga tangan ini sempena majlis perkahwinan adik lelakiku, Aman untuk diberikan kepada isterinya yang tersayang, Rusyda pada 8 Disember 2012 yang lalu


Proses-proses menyiapkan gubahan bunga tangan:

belum siap beginilah rupanya....


tak sipa lagi....

Alya suka sangat dengan bunga ros ini. Warna pink adalah warna kesukaannya

dah siap dan 
sedia terima tempahan RM80 / sejambak (termasuk penghantaran sekitar Lembah Klang / Semenanjung Utara Malaysia)


Kelas Masakan Chef William di Yummies Bangi pada 5 Jan 2013


 

Chef William akan mengadakan kelas masakan  iaitu
Tarikh: 5 January 2013
Lokasi: Yummies Bangi (nak register pun di Yummies juga)
Masa: 2pm-5pm
Bayaran: RM40

Resepi-resepi adalah:

  1. Toster Almond Caramel Flake Pastry
  2. Caramel Cream Cheese Frosting
  3. Caramel cupcake
  4. ......


Monday, December 3, 2012

Teknik Lariskan Jualan Produk Melalui Facebook!


Teknik lariskan jualan produk di facebook ini daripada email yang dihantar MajalahNiaga kepada aku

1. Kongsikan Testimoni Original.
 
Semua orang tahu, perkongsian testimoni boleh meningkatkan kepercayaan
orang ramai. Tetapi persoalannya, testimoni macam mana? Sebaik-baiknya,
ambil testimoni original yang dihantar oleh pembeli.
 
Jika testimoni dihantar melalui Private Messages di Facebook, ambil
screenshot dan kongsikan di fan page. 
 
Jika testimoni dihantar melalui mesej di telefon mudah alih, sama juga, ambil 
screenshot dan kongsikan kepada fans di Facebook.
 
Jika kita sendiri tulis semula ayat-ayat testimoni, timbul banyak andaian 
dari fans, 'Adakah testimoni ini 'genuine', dan tulen?'.
 
'Yeke tidak admin ni, padahal dia yang tulis sendiri semata-mata nak
melariskan jualan produk!'. 
 
Jadi, apabila kita ambil screenshot testimoni yang ditulis oleh pelanggan, ianya 
mengelakkan daripada andaian negatif dari fans. 
 
Baik kita lakukan langkah selamat kan?
 
2. Update Status Pada Waktu Kemuncak.
 
Mengikut kajian dari syarikat pengiklanan di US, engagement di Facebook Page 
lebih banyak berlaku pada hujung minggu. Namun ianya sama sekali tidak untuk
pasaran Malaysia! 
 
Mengikut pengalaman kami, di Malaysia engagement banyak berlaku pada waktu 
bekerja 
 
Masyarakat di US kurang gemar membuka media sosial ketika bekerja. Waktu 
kemuncak disana adalah bermula jam 6 petang ,manakala waktu kemuncak di 
Malaysia sudah bermula pada jam 1 petang iaitu makan tengah hari, berlarutan 
sehingga ke tengah malam. 
 
Jadi kongsikan status anda di Fan Page pada waktu kemuncak pada jam 1 petang 
hingga 10 malam untuk mendapat views yang tinggi dari fans.
 
3. Pra Jualan di Facebook.
 
Ini teknik yang sentiasa digunapakai oleh jenama besar seperti Air Asia,
Malaysia Airlines, Pizza Hut Malaysia. Mereka menggunakan teknik ini
untuk membuka tawaran pra jualan kepada fans di Facebook.
 
Teknik ini membuatkan fans sentiasa ternanti-nanti, sentiasa tertunggu-tunggu
produk yang akan dipromosikan. Hasilnya, kita sudah mempunyai senarai bakal
pembeli walaunpun ianya masih belum dilancarkan.
 

Wednesday, November 28, 2012

Tips on Roadshow di Public Mutual Unit Trust


Malam tadi Gary terangkan beberapa tip nak buat roadshow. Nasib pergi juga malam tadi, rasa memang malas nak pergi sebab rasa penat tetapi gagahkan juga pergi dan aku masih lagi perlu ilmu untuk dapatkan customer supaya invest dalam unit trust

Beberapa tip nak buat road show adalah:

You have only a few second to create inves
do not allow to chit chat. you must smile and call people nice word like "handsome man", "young man". Don't call uncle or untie

Physical Appearance
dress professionally,
wear name tag,
wear proper shoes and don't wear high heel.
Never sit
 No item on your table except public mutual items like flyer

Equip yourself
presenttaion folder
Public Mutual performance ranking
star biz performance ranking
investor transaction logs

latest quarterly fund review
Name card
small note book to write contact name

Goal Setting
How many leads you expect to get?

Position yourself
create space your eye
do not simply give flyer

aku belum lagi terlibat dengan roadshow public mutual unit trust. Desember ini aku perlu plan untuk bersama-sama dengan rakan-rakan unit trust buat road show.

Malam ini pukul  di SS2 Mall ada seminar lagi dari pukul 8pm-9.30pm. Seminar ini bertajuk Success Millionaire. Banyak ilmu yang dipelajari dengan public mutual terutamanya ilmu marketing dan tiap-tiap hari Selasa ada short seminar / traning. Kita perlu belajar ilmu marketing sebab 70% adalah marketing dalam menentukan kejayaan kita dalam business. 
Sesiapa yang berminat join Public Mutual unit trust silalah pm me 0136785084 / email me idakss@yahoo.co.uk

Tuesday, November 27, 2012

Vision to Wealth Dare Seminar - Bill Walsh


Malam tadi sempat ke seminar Bill Walsh yang bertajuk Vision to Wealth Dare di Wisma MCA, Kuala Lumpur yang mana seminar ini sponsored by Dr Azizan Osman. Walaupun seminar ni setakat short seminar, 8pm -10pm namun ia tetap majlis ilmu yang amat bermanfaat dan free pula. Terima kasih pada Dr Azizan Osman dan Rickworks

Seminar Vision to Wealth Dare ini, Bill Walsh menyatakan kenapa seseorang tidak boleh menjadi kaya (Why People Never Become Rich):

  • Time Perspective
  • Procrastinate  - they never take any action, until it's too late
  • Gratification  - love to spend money for short term pleasure
  • Never decide to be rich - indecision kills our destiny
  • Never think to be rich
  • It never occurs to them that it's possible to them, so they don't take any initiatives to be wealthy - they might comes from poor family, intermediate environment & society, associate with people who are not wealthy. Observed, normally childrens that comes from rich family/parents is doing business - they tend to be businessma
    n also/wealthy in the future. (Ini aku tambah, sumber daripada Rozi, kebetulan pula hari ini dia post dalam fb)



Tip Persediaan sebelum launch product :

  • Leader - mentor
  • Plan - schedule your success and study (case study and R&D). Better plan, better opportunity to success.
  • System
  • Team - you cannot do it yourself

Akhir seminar Vision to Wealth Dare, soalan yang ditanya "My Personal WHY?" , silalah jawap dimulai dengan "I am going to... " so, apa lagi jawaplah....



Tuesday, November 20, 2012

Tips Mengira Keuntungan Iklan FB Ads

Tip FBAds ini dari Jamal, pakar e-book yang mana beliau memmberi tip bagaimana mengira keuntungan buat iklan FB Ads. 

1) Kira margin untung bersih produk yang anda ingin promosikan. Katakanlah harga produk RM200, untung bersih setiap produk RM100.

2) Lihat budget anda, berapa banyak anda mahu keluarkan untuk iklan anda. Sebagai contoh: USD5 setiap hari, selama 1 minggu.

3) Anda memilih CPC atau CPM? Jika CPC, berapa nilai bid yang anda letak. Katakanlah USD0.05 bid CPC. Jumlah klik yang berpotensi anda perolehi adalah (Daily Budget/CPC Bid) . Dalam contoh ni, 5/0.05 = 100 klik.

4) Berapa anggaran Conversion Rate iklan anda? Katakanlah 2 %. (2 orang pembeli dari 100 orang yang klik)

5) Dalam tempoh 1 minggu, berapa sales yang anda boleh dapat, dan berapa ROI (return of investment) yang diperolehi.

Lihat di bawah:

ROI = (PROFITS - Ads Cost)/Ads Cost

Revenue = 2 sales everyday x 7 days = 14 sales
TOTAL SALES = 14 X RM200 = RM2800
PROFITS = 14 X RM100 = RM1400
ADS COST = 7 days x USD5 X 3 = RM105

ROI = (RM1400 - RM105 )/ RM105
= 12.33 ROI

RUMUSAN: Dari iklan FB Ads ini, keuntungan yang diperolehi dalam masa 7 hari adalah 12.33 kali dari kos iklan yang dilaburkan pada conversion rate 2%.

Wednesday, November 7, 2012

The Power of Istiqfar

Kenapa kita perlu istiqfar? Selalunya kita beristiqfar bila memohon ampun pada Maha Esa setelah melakukan kesilapan sama ada lakukan dosa kecil atau dosa besar

Malam tadi topic training di Unit Trust Public Mutual, Bangsar adalah tentang metafizik. Kali ini speaker adalah external speaker, Roslina. Memang menarik sampai pukul 10 malam lebih  masing-masing baru  nak balik. Apa kaitan istiqfar dan metafizik? Ia melibatkan satu hukum: law of attraction yang mana apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa akan menghasilkan tenaga yang akan  bertindak balas daripada apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita fikir positif, maka tenaga yang dikeluarkan adalah positif juga dan begitu juga sebaliknya.

Oleh yang demikian, istiqfar adalah jalan untuk kembalikan tenaga positif sekiranya kita mengeluarkan tenaga negatif. Besarnya hikmahnya yang Allah berikan pada kita kenapa kita disuruh istiqfar banyak-banyak. Kita akan dapatkan rasakan kita berada dalam keadaan tenang semasa dan selepas kita istiqfar. Sebab itu juga istiqfar adalah salah cara membuka pintu rezki dan menambah rezeki.


Sunday, October 21, 2012

Teknik AIDA dalam Business

Teknik AIDA amat ditekankan sepanjang kelas di AeU yang mana lecturer nye tentulah pakar internet yang terkenal, Irfan Khairi. Apa itu AIDA?

Attention
Dalam bahasa malaysia, attention bermaksud perhatian.
  1. Warna - pemilihan warna yang terang amatlah penting. Contohnya menggunakan gabungan warna putih dan merah,   atau warna hitam dengan kuning akan menarik minat perhatian orang. Contoh paling dekat adalah Irfan Khairi sendiri yang menjadikan merah dan putih sebagai branding dalam membina laman webnya, iklannya dan sebagainya
  2.  Emotional word jangan diabaikan. Penggunaan ayat "Ketahui teknik mudah menjana wang dengan menggunakan Facebook - terbukti" lebih mendapat attention berbanding "Dapatkan teknik menjana pendapatan menggunakan facebook"

Interest
Macam mana nak tarik minat? apa tujuan orang perlu klik iklan? what if? Berikan benefit...

Desire
Bagi sesuatu agar orang nak klik and grab emotional contohnya free gift or diskaun

Action
to create urgency. Eg:
 "Call us now"
"Click now"

AIDA boleh apply dalam apa sahaja yang anda ingin lakukan terutama dalam business spt buat iklan banner, promosi, youtube, subjek email/ article, etc