Monday, December 3, 2012

Teknik Lariskan Jualan Produk Melalui Facebook!


Teknik lariskan jualan produk di facebook ini daripada email yang dihantar MajalahNiaga kepada aku

1. Kongsikan Testimoni Original.
 
Semua orang tahu, perkongsian testimoni boleh meningkatkan kepercayaan
orang ramai. Tetapi persoalannya, testimoni macam mana? Sebaik-baiknya,
ambil testimoni original yang dihantar oleh pembeli.
 
Jika testimoni dihantar melalui Private Messages di Facebook, ambil
screenshot dan kongsikan di fan page. 
 
Jika testimoni dihantar melalui mesej di telefon mudah alih, sama juga, ambil 
screenshot dan kongsikan kepada fans di Facebook.
 
Jika kita sendiri tulis semula ayat-ayat testimoni, timbul banyak andaian 
dari fans, 'Adakah testimoni ini 'genuine', dan tulen?'.
 
'Yeke tidak admin ni, padahal dia yang tulis sendiri semata-mata nak
melariskan jualan produk!'. 
 
Jadi, apabila kita ambil screenshot testimoni yang ditulis oleh pelanggan, ianya 
mengelakkan daripada andaian negatif dari fans. 
 
Baik kita lakukan langkah selamat kan?
 
2. Update Status Pada Waktu Kemuncak.
 
Mengikut kajian dari syarikat pengiklanan di US, engagement di Facebook Page 
lebih banyak berlaku pada hujung minggu. Namun ianya sama sekali tidak untuk
pasaran Malaysia! 
 
Mengikut pengalaman kami, di Malaysia engagement banyak berlaku pada waktu 
bekerja 
 
Masyarakat di US kurang gemar membuka media sosial ketika bekerja. Waktu 
kemuncak disana adalah bermula jam 6 petang ,manakala waktu kemuncak di 
Malaysia sudah bermula pada jam 1 petang iaitu makan tengah hari, berlarutan 
sehingga ke tengah malam. 
 
Jadi kongsikan status anda di Fan Page pada waktu kemuncak pada jam 1 petang 
hingga 10 malam untuk mendapat views yang tinggi dari fans.
 
3. Pra Jualan di Facebook.
 
Ini teknik yang sentiasa digunapakai oleh jenama besar seperti Air Asia,
Malaysia Airlines, Pizza Hut Malaysia. Mereka menggunakan teknik ini
untuk membuka tawaran pra jualan kepada fans di Facebook.
 
Teknik ini membuatkan fans sentiasa ternanti-nanti, sentiasa tertunggu-tunggu
produk yang akan dipromosikan. Hasilnya, kita sudah mempunyai senarai bakal
pembeli walaunpun ianya masih belum dilancarkan.
 

No comments:

Post a Comment