Wednesday, November 30, 2011

Laksa Beras


Oleh kerana aku suka makan laksa, aku minta resepi ni dari mak aku. Sejak tahu cara membuatnya, aku dah malas nak beli laksa di kedai lagi kerana malas nak rendam dan rebus. Rebus laksa kering lama sangat...... Kelebihan laksa ni juga, perempuan yang lepas pantang bersalin pun boleh makan laksa dan tak perlu nak berpantang2 lagi laksa..............

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan air masak - yg baru mendidih

Cara:
  1. Gaul bahan-bahan di atas hingga rata dan sebati.
  2. Tekan dengan acuan laksa

  3. Boleh dikukus atau tekan laksa di dalam air yang mendidih. Angkat bila laksa timbul
*Jika guna air yang dah lama didih/masak, susah nak tekan. Tepung mudah kering

Cake Tart

Bahan-bahan filling:
2 biji telur gred B
60g gula kaster
80g tepung naik sendiri
10g tepung jagung
1/2 sudu teh ovalette
1/4 sudu teh vanilin

Pukul semua bahan-bahan di atas hingga kembang dan sebati


Proses Membuat Tat
  1. Masukkan filling dalam piping bag dan paipkan dalam kulit tat
  2. Bakar selama 15 minit, 150C

Blueberry Cheese Tart


Tat yang tak cantik ni first time buat dan dalam kelas Chef Fauziah.
resepi filling Blueberry Cheese Tart ni dari Chef Fauziah

Bahan-bahan Filling:
250g cream cheese
60g gula icing
1 biji telur kuning
20g butter
blueberry jam (jam filling ye, jgn guna yang topping. hari tu aku dah tersilap beli)

Cara:
  1. Pukul cream cheese selama 10 minit agar ia tak berbiji
  2. Masukkan gula ising, kuning telur dan butter.
  3. Pukul hingga sebati dan rata
-------------------------------------------------------------------------


untuk filling aku lebih suka follow resepi Bagus kerana lebih sedap http://www.bagus.com.my/recipes_details.asp?id=102

Bahan-bahan filling:
250 krim keju
60g mentega (unsalted)
60g gula icing
30ml telur (aku masukkan 1 biji)
10ml jus lemon (lbh kurang separuh lemon)
inti blueberry secukupnya

  1. Putar krim keju hingga lembut
  2. Masukkan gula icing dan telur. Putar lagi
  3. Masukkan mentega dan jus lemon. Sebatikan



Proses Membuat Blueberry Cheese Tart
Lepas siapkan buat filling ni. Bolehlah kita membuat blueberry cheese tart. Make sure kulit tat pun dah siap baru boleh dibuat blueberry cheese tart.
  1. Nak mudah, masukkan blueberry jam ke dalam piping bag dan filling juga masukkan dalam piping bag
  2. Paipkan sedikit blueberry jam dalam kulit tat

  3. Paipkan pula filling sehingga menutupi jam
  4. Paipkan sedikit blueberry jam atas filling
  5. Lorekkan jam menggunakan lidi
  6. Bakar selama 15 minit, 150C


Wednesday, November 23, 2011

Fondant and Gum Paste

resepi ni juga dari Chef Baini semasa aku ikuti kelas dia

Fondant / Cover cake
1 tbsp gelatine
3 tbsp water
1 tbsp glyserine (as moist)
1 tbsp clear vanilla / pineapple flavour
3 tbsp liquid glocuse syrup (atau 75gram, as pengikat)
750g icing sugar

Step 1
  1. Gelatine di rendam selama 1/2jam
  2. Didihkan air. Double boil gelatin yang telah direndam tadi dan kacau perlahan-lahan hingga cair dan jernih
  3. Masukkan glyserine dan kacau
  4. Masukkan esen vanilla dan kemudian masukkan liquid glocuse
  5. Double boil lagi untuk cairkan lagi
  6. Pastikan adunan ini suam

Step 2
  1. Sediakan gula icing dan buat lubang di tengah-tengahnya
  2. Masukkan adunan step1 di atas di tengah2 gula ising
  3. Uli hingga lembut. Uli mcm uli roti

Gum Paste
Adunan A
530g icing sugar
1 tbsp CMC / gumtech

Adunan B
1 tbsp glocuse syrup
4 tbsp water

Cara:
  1. kacau adunan A
  2. Kacau adunan B
  3. Campur kedua-duanya adunan dan uli

* CMC /gumtech untuk pekatkan liquid
* jangan guna gum paste untuk cover cake kerana ia keras
* gum paste hanya untuk dibuat bunga sahaja dan bukan untuk dimakan
* off air con / kipas untuk elak cepat kering

Butter Cake

resepi ni semasa aku ikuti kelas Chef Baini:

250g butter
180g cater sugar
220 plain flour
5 eggs
1 tsp baking powder
1 tsp vanilla essense

Cara:
  1. Pukul butter, caster sugar and baking powder bersama2 hingga kembang sedikit
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji serta 5 sudu besar tepung dan pukul hingga kembang
  3. Masukkan baki tepung dan pukul lagi
  4. Masukkan esen vanilla dan kacau rata
  5. Masukkan dalam cup lebih kurang 3/4
  6. Bakar

Tuesday, November 22, 2011

Yeahhhh....Macaron


Setelah beberapa kali mencuba membuat macaron, kali ni baru aku rasa tahap kepuasan. Kepuasan atas kejayaan membuat macaron. Agak memenatkan membuat macaron ni. Dah la kecil2. Mula2 aku buat kecil, 3 kali bilang. Tapi kali ni aku buat kiraaan 5 pula. Haaaa... baru la besar sikit dan baru terasa masuk dalam mulut...

Yang ni aku bagi No-ne rasa dan tak lupa juga untuk Mazni, kawan sekelas No-ne. Untuk kawanku2 yang lain, nak mkn jemput dtg ke rumahku......

Yang ni pula, macaron yang tak jadi kerana suhu oven agak tinggi.... beginilah hasilnya. Macaron jadi merkah. So, kenalah kurangkan suhu oven.............






Tart Base / Kulit Tat


Bahan:
450g tepung gandum
80g gula kastor
1 biji telur gred B
250g butter
1 sudu teh esen vanilla
sedikit air - jika perlu atau jika adunan keras

Cara:
  1. Pukul semua bahan tart base hingga sebati dan rata selama 5 minit.
  2. Ambil sedikit adunan dan dengan menggunakan acuan tat, bentukkan kulit tat macam di atas. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Jika nipis, kulit tat mudah patah.
  3. Selepas siap, cucuk-cucukkan di tengahnya dengan menggunakan garpu atau lidi
  4. Bakar bersama-sama acuan tat selama 15 minit, suhu 150c
  5. Keluarkan kulit tat dari acuan setelah sejuk. Hanya telangkupkan dan acuan akan tanggal... senangkan, tak perlu nak ketuk2 untuk keluarkan kulit tat dari acuan.....Jika susah juga nak keluarkan, picit-picitkan tepi kiri kanan acuan tu.... tengok mcm gambar kat bwh ni.

----------------------------------------------------------------------------------

Sabtu yang lalu aku try lak resepi tart base yang lain pula, follow resepi Bagus http://www.bagus.com.my/recipes_details.asp?id=102.
Bagiku resepi kulit tat ni lebih sedap dari resepi yang first. Begitu juga adik2 dan sedara aku pun kata resepi ni sedap....

Bahan-bahan:
250g tepung
15g tepung susu
60g gula kaster
170g mentega - dilembutkan
40g telur (1 biji telur saiz C)
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara:
  1. Campur semua bahan-bahan dan gaulkan hingga jadi doh
  2. Sejukkan selama 30 minit. (aku tak sejukkan, terus ke step 3)
  3. Kemudian, boleh la dibuat kulit tat guna acuan tat. Dah siap, cucukkan kat tengah2 tu.
  4. Bakar selama 10 minit, suhu 180c

Kelas Tat di Bagus

Kali ini berpeluang pula ikuti kelas buat tat dengan Chef Fauziah d Bagus, Kajang pada 19 Nov 2011. Dengan bayaran sebanyak RM70 dan kelas bermula dari pukul 10.30 hingga 1pm, 5 jenis tat dipelajari bersama-sama dengan 8 orang pelajar lain.

Tat yang dipelajari adalah (dari kanan) fruit tartlet, black eye tart, blueberry cheese tart, peanut tart dan cake tart.

Jom Join Kelas Chocolate Making

Tarikh: 25 Nov 2011, Jumaat
Masa: 2.30pm - 6pm
Tempat: Rakan,  18,20,22,22A-G , Jalan semenyih sentral 6, 43500 Semenyih, Malaysia 
Get Directions
Syarat:
Belian 1kg colatta mint/lemon/strawberry/mango yang berharga RM17.90, pelanggan berpeluang mengikuti kelas coklat .

Chef Khairi akan mengajar cara-cara membuat 5 jenis coklat:
1- lemon choc. lollipop
2- Mint choc bar
3- orange praline
4-strawberry praline
5-blueberry praline

Inilah peluang yang aku tunggu, murah pula tu. Aku mmg dah plan nak belajar buat choc ni dgn Chef Fauziah di Nilai 3 dengan bayaran sebanyak RM150/person jika >2 org pelajar ataupun dgn Chef Chee Seng kat Bagus dengan bayaran sebanyak RM160 seorang.