Dengar rawatan acupuncture, rasa agak kecut perut, kecut membayangkan jarum menusuk ke tubuh. Nampak macam mudah sahaja memasukkan jarum ke dalam tubuh. Jika tak tahu tentang titik tentu darah akan mengalir. Begitulah luas ilmu dan besar kekuasaan Allah.
Sejak adik aku Jamilah belajar rawatan acupuncture dan menjadikan sebagai part time job dia (selain bekam dan refleksologi), aku memang tak lepas peluang untuk mencuba. Pagi tadi aku baru perasan urat yang timbul pada dahi aku dah hilang selepas aku buat acupuncture pada 3 bulan yang lalu. Walaupun sekadar mencuba dan hanya buat sekali sahaja rawatan, aku benar-benar bersyukur kerana urat tu dah tak timbul.
Menurut adik aku, urat tersebut timbul berpunca daripada stress. Jika tidak rawat, akan menyebabkan strok dan sebagainya
Menurut adik aku, urat tersebut timbul berpunca daripada stress. Jika tidak rawat, akan menyebabkan strok dan sebagainya
Jika adik aku masih kerja di Kuala Lumpur, aku rasa macam nak belajar acupuncture dengan dia. Nampaknya, kena tunggu beberapa bulan lagi kerana dia masih di Prai tapi tengah proses nak tukar ke Senawang. Namun, jika sesapa yang berminat nak jalani rawatan acupuncture ini bolehlah hubungi adikku, Jamilah, 013-3010830
No comments:
Post a Comment