Wednesday, June 27, 2012

Resepi Rocher Blanc Cookies - White Chocolate


Jue rocher blanc cookies  white chocolate, RM25 = 30 pieces
Jue rocher blanc cookies – white chocolate
RM25 = 30 pieces
Rocher Blanc Cookies ini sempat aku buat petang Ahad yang lalu. Walaupun aku sakit kepala, namun rasa bosan sangat dok di rumah. Aku pun memang dah plan nak buat selepas balik dari kilang Beryls  dan singgah di Yummies, Bangi beli barang-barang untuk buat rocher blanc cookies ini. Kebetulan pula, semasa masuk ke Yummies, dapat resepi rocher blanc ni. Hehehe…macam tahu-tahu je aku nak buat rocher blanc cookies
Resepi ini guna teknik croping dan tak perlu dimasukkan di dalam peti sejuk untuk keraskan
Bahan-bahan
200gm slivered almond – dipanggang
100gm kismis
30gm nestum
30gm rice bubble
30gm wafer
400gm white compound chocolate Beryls
Cara membuat:
  1. Double boil white chocolate
  2. Masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaul rata
  3. Masukkan ke dalam paper cup
  4. Sejukkan dalam peti sejuk
Selamat mencuba rocher blanc cookies. Resepi asal rocher blanc cookies ni, aku dah ubah untuk sesuaikan dengan citarasa aku.

Rocher Blanc Cookies Dark Chocolate


jue rocher blanc cookies - dark chocolate
RM25 = 30 pieces
Rocher Blanc Cookies Dark Chocolate kubuat lagi malam tadi. Rocher Blanc Cookies Dark Chocolate ini ditempah oleh kak Zaidah semalam dan nak aku buat as soon as possible. Sebelum ini, aku buat sample Rocher Blanc Cookies white Chocolate. sebab resepi yang aku dapat dari Chef Luqman adalah white chocolate.
Sekiranya sesiapa yang request buat Rocher Blanc Cookies dark atau milk chocolate, aku on je. Yang penting aku dapat mengembirakan pelanggan aku menikmati hasil buatan aku. Buat yang terbaik untuk mereka.
Sebenarnya dark chocolate bagus untuk kesihatan. Sesiapa yang amalkan diet dan yang menjaga kesihatan memang elok memilih dark chocolate. Sambil makan, sambil jaga kesihatan diri.

Friday, June 22, 2012

Famous Amos Cookies - Third Trial

jue famous amos cookies

Famous amos cookies lagi. Baru beberapa hari buat famous amos cookies, buat lagi. Kali ini aku buat untuk beri pada Hairunisa. Hairun nak kasi kawannya try famous amos cookies aku untuk jualan raya aidilfitri tahun ini.
Famous amos cookies kali ini ada sikit kelainan. Tengahari tadi aku baca tentang petua nak buat biskut, blogger tersebut bagitau tepung gandum perlu digoreng atau dijemur dahulu sebelum membuat biskut agar biskut lebih tahan lama. Malah, rasa biskut juga lebih sedap dan rasa tidak lemau.
Cubaan kedua famous amos cookies ada sikit kesilapan yang aku lakukan. Aku terlupa masukkan nut (aku masukkan hirisan badam). Selain daripada itu, aku tak blend betul-betul oat jadi serbuk.
Nampaknya aku memang perlu buat untuk kali ketiga malam ini untuk membaiki kesilapan yang aku lakukan sebelum aku betul-betul nak kasi sample famous amos cookies kepada kawan-kawanku sempena raya tahun ini.

Thursday, June 21, 2012

Formula Letak Harga Coklat / Kek/ Biskut

Dapat juga formula letak harga setelah berfikir-fikir macam mana  cara betul nak letak harga untuk coklat dan biskut yang akan dijual. Tambahan pula, malam tadi my friend bagitau dia nak jual biskut raya dan dia letak harga agak murah sangat berbanding kos barang biskut.
Mengikut formula letak harga tersebut, jika resipi Carrot Cake:


Harga Bahan yang Diperlukan

Karot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM35.00


Gunakan ratio 1.3 – 1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda mahukan. Sebagai contoh Carrot Cake menggunakan ratio 1.3.


Formula letak harga:

RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang Diambil)

RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50

Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10 (=-)
So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya adalah = RM10
Ratio dari 1.3 – 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak mengambil untung yang terlalu berlebihan. 
Tetapi sekiranya pada musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise ratio kepada 2.0 – 2.2.
 Jangan letak harga yang terlalu tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari Allah swt.
Semoga perkongsian maklumat formula letak harga coklat / kek / biskut atau apa2 je ini dapat menyelesaikan masalah pada kita semua

Tuesday, June 19, 2012

Rawatan Acupuncture & Urat Dahiku


Dengar rawatan acupuncture, rasa agak kecut perut, kecut membayangkan jarum menusuk ke tubuh. Nampak macam mudah sahaja memasukkan jarum ke dalam tubuh. Jika tak tahu tentang titik tentu darah akan mengalir. Begitulah luas ilmu dan besar kekuasaan Allah.
Sejak adik aku Jamilah belajar rawatan acupuncture dan menjadikan sebagai part time job dia (selain bekam dan refleksologi), aku memang tak lepas peluang untuk mencuba. Pagi tadi aku baru perasan urat yang timbul pada dahi aku dah hilang selepas aku buat acupuncture pada 3 bulan yang lalu. Walaupun sekadar mencuba dan hanya buat sekali sahaja rawatan, aku benar-benar bersyukur kerana urat tu dah tak timbul.

Menurut adik aku, urat tersebut timbul berpunca daripada stress.  Jika tidak rawat, akan menyebabkan strok dan sebagainya 
Jika adik aku masih kerja di Kuala Lumpur, aku rasa macam nak belajar acupuncture dengan dia. Nampaknya, kena tunggu beberapa bulan lagi kerana dia masih di Prai tapi tengah proses nak  tukar ke Senawang. Namun, jika sesapa yang berminat nak jalani rawatan acupuncture ini bolehlah hubungi adikku, Jamilah,  013-3010830

Sunday, June 17, 2012

Kaedah Menggunakan Coklat Kompaun dan Coklat Acuan

Coklat kompaun merupakan salah satu jenis coklat untuk membuat homemade coklat dan coklat kompaun agak murah serta senang untuk handle tanpa melakukan teknik tempering berbanding coklat converture.
Hari ini aku singgah ke kedai Yummie Bakery di Bangi untuk membeli coklat chip. Aku bercadang hendak mencuba lagi membuat Famous Amos Biskut. Semasa masuk ke kedai Yummies ada seorang promoter dari Beryl’s memberi sebiji coklat percuma dan memberi sehelai kertas tentang kaedah- kadah macam mana hendak menggunakan coklat compaund.
Kaedah-kaedahnya adalah:
  1. Cincang coklat kompaund blok (dark/milk/white chocolate) menjadi potongan-potongan kecil. Namun, sekiranya menggunakan coklat jenis coin, tidak perlu cincang. Masukkan ke dalam mangkuk stainless steel
  2. Cairkan coklat kompaund dengan kaedah menggunakan periuk bertingkat atau Double Boiler
    1. Didihkan air di dalam periuk. Tutup api setelah air mendidih
    2. Letak periuk stainless steel yang berisi ketulan atau coklat coin di atas periuk.
    3. Pastikan mangkuk stainless steel berisi coklat compound lebih besar daripada periuk
    4. Pastikan mangkuk stainless steel berisi coklat compound tidak bersentuh dengan air panas
  3. Kaedah menghasilkan coklat acuan
    1. Kacau coklat kompound dengan spatula hingga suhu yang diingini. 34c untuk dark compound coklat dan 32C untuk coklat milk dan white compound
    2. Pastikan acuan benar-benar kering sebelum diisi coklat kompound dengan menggunakan alat pengering
    3. Tuang coklat kompound yang sudah distabilkan suhu ke dalam acuan
    4. Ratakan coklat kompound dan kikis lebihannya
    5. Ketuk-ketuk acuan untuk keluarkan gelembung udara
    6. Letakkan di dalam peti sejuk dengan suhu 2C-5C selama 10-15 minit
    7. Perhatikan coklat compound tersebut sebelum tanggalkan daripada acuan. Jika coklat compound sudah tidak melekat pada acuan, maknanya coklat compound sudah boleh dikeluarkan daripada acuan
    8. Simpan suhu yang sesuai antara 16C-20C
Semoga kaedah-kaedah menggunakan coklat kompound dan coklat acuan yang aku perolehi hari ini dan berkongsi dengan pembaca, kita dapat membaiki mutu membuat coklat acuan

sumber: Bake from Jue