Monday, October 31, 2011

Kek Lapis Keju Persona


First time aku try memang kurang memuaskan kerana lapisan cheese nipis sangat. Ini cubaan kedua. Sumbernye aku ambil dari Siti's blog http://catatandarideutschland.blogspot.com/2011/10/kek-lapis-cheese-persona.html


Bahan A:
1 bungkus biskut marie perisacoklat-lebih kurang 300 g (aku guna lbh kurang100gm je)
200 ml susu segar - dipanaskan (untuk celup biskut)


Bahan B:
250 g cheese cream(Philadelpia/Tartura)
5 ml susu segar
1/4 cawan gula halus

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas.(Celup 1 saat)
  6. Sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
  7. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  8. Ulang proses melapis hingga beberapa lapisan,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  9. Kisar sekeping atau 2 keping biskut marie, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu di atas lapisan cheese.
  10. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment