Wednesday, September 14, 2011

Puding Karamel


Semalam aku dah try resepi ini yang telah aku perolehi dari kak Marina.

Bahan2:
5 camca besar gula
1/2 tin susu pekat manis
1/4 tin air (sukat guna tin susu) atau 1 cawan kecil (aku sukat 100ml air)
2 camca besar esen vanilla
8-10 biji telur sederhana besar (aku guna 8 biji telur gred B)

Cara membuat:
1. Panaskan gula dalam kuali / periuk hingga cair kekuningan
2. Tuangkan gula dalam loyang. Biarkan sekejap
3. Masukkan sus, air, telu5 dan esen vanilla ke dalam blender. Blend sampai sebati
4. Tuangkan adunan puding dalam loyang tadi
5. Kukus dalam pengukus selama 10-20 minit.

Note:
Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil agar air dari penutup kukusan tidak jatuh atas loyang kerana akan menyebabkan puding jadi tawar. Namun, tidak perlu tutup dengan aluminium foil jika bakar dalam oven tetapi di dalam bekas pembakar perlu di letakkan sedikit air dan letakkan loyang di dalam bekas pembakar.

1 comment:

  1. kak jue kalo karamel menggerutu selalunya sebab apa eh?hehe xdapat yg licin mcm ni pun :(

    ReplyDelete