Thursday, April 26, 2012

Chocolate Gift for Ina


Malam tadi buat chocolate untuk Ina. Aman pula inform jika nak jumpa bolehlah jumpa Ina petang ini. Oleh kerana Ina langsung tak ambil upah semasa proofreading tesis aku dulu, harap chocolate ini dan belanja dia petang ini di Bangi sebagai tanda ucapan terima kasih atas budinya.

Wednesday, April 25, 2012

How to Wrap Chocolate / Truffle 2

Step balut truffle chocolate kali ini berbentuk bujur pula

Step 1
Letakkan truffle choclate di tengah-tengah chocolate wrapper


Step 2
Lipat dan temukan kedua-dua bucu yang bertentangan


Step 3
lipatkan lagi


Step 4
Lipat kiri dan kanan

Step 5
Dah siap


Step 6
Dah siap dan inilah hasilnya setelah di terbalikkan


Register to Beryl's Chocolate & Confectionary, Bandar Baru Bangi on 23 June 2012

selagi lagi Beryl's menjemput orang ramai yang berminat ke kilang chocolate nye yang terletak di Bandar Baru Bangi pada 23 Jun 2012. Namun, untuk masuk, perlulah register terlebih dahulu di Yummie, Bandar Baru Bangi sebanyak RM25 untuk mendapatkan tiket masuk

Wednesday, April 18, 2012

How to Wrap Chocolate / Truffle 1

Chocolate class baru-baru ini, Chef Rose ajar mcm mana nak wrapping chocolate or truffle menggunakan pembalut. Step ni chocolate / truffle yang berbentuk bulat.

Step 1:
Letakkan truffle chocolate atas pembalut

Step2:
temukan 2 penghujung yang bertentangan

Step3:
tekan dan lipat

Step4:
Lipat dan siap

Step5:
Dah siap. Jadi macam ini setelah diterbalikkan


Tuesday, April 17, 2012

Chocolate Ginger Truffle

Resepi ini adik aku pelajari dari Chef Rose di Yummie. Selamat mencuba!

200 ml whipping cream
20g glucose syrup
50g orange peel/raisin
30g ginger powder
600g white compound chocolate (button) - melt
400g dark compound chocolate - salut
200g halwa halia (potong dadu)/ orange peel

Didihkan whipping cream with glucose syrup and ginger cincang
Masukkan ginger powder, kacau. Biarkan selama 10 minutes
Tapis cream dan didih semula (if ginger)
Tuang cream into white chocolate and kacau sebati
Keraskan adunan di dalam peti sejuk selama 1 hour
Bentukkan adunan menjadi bebola kecil dan celupkan ke dalam coklat gelap
letak sekeping halwa halia sebagai hiasan

Tuesday, April 10, 2012

Suppliers Chocolate Box

Hari ni aku try lagi mencari supplier / manufacturer untuk dapatkan chocolate box
Di sini senarai-senarai yang aku dah search:

Orchard Green Import & Export Trading
Blok A, Taman Flat Lempah, Lorong Jugra, Batu 3, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
(near Taman Desa)
Email: ong9796@yahoo.com
Tel: 012-2330297 (Ong)


2 Cavity coklat boxes = 300pcs = RM 0.80/pc
3 Cavity coklat boxes = 300pcs = RM 0.80/pc
4 cavity coklat boxes = 300pcs = RM 0.95/pc
6 cavity coklat boxes = 500pcs = RM 1.50/pc
9 cavity coklat boxes = 500pcs = RM 1.90/pc


Mega Discovery Sdn Bhd,
No.17-19, Jalan Sri Haneco 1/4,
Kawasan Perindusrian Haneco, 43500 Semenyih, Selangor.
Tel: 603-87230108
Fax: 603-87230128
Email: info@megadiscovery2u.com


The Box Shop
No. 8, Jalan Putra Perdana 2/3, Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 603-83195992
Fax: 603-83195993

Bakers Zone Sdn Bhd
11, Jalan Dato Jaafar 1, 80350 Larkin, Johor Bahru, Johor.
Tel: 607-2268928
Fax: 607-2268928
Email: enquiy@bakerszone.com.my



Chocolate Bar

RM3.50

ini chocolate bar yang aku hias dengan paper quilling. Chocolate bar ini ada 2 jenis, Wafer flake atau cornflake.

Lepas ini kena fikirkan tentang nak buat design label untuk chocolate bar ni....

Friday, April 6, 2012

Formula mengelak penipuan SCAM - “NO SCAM!”

Hari dapat email tip dari Irfan Khairi, artikel ini tentang kena tipu dalam scam. Akibat terpedaya dengan janji2 manis, sebagai manusia termakan juga dengan hasutan. So, usah nak cepat kaya dengan jalan pintas, rezeki takkan datang bergolek jika tak usahakan.

Chocolate n Quilling - Hairun untuk husband

RM30
8 pcs almond truffle, 6 pcs cornflake choc , 4 pcswaferflake choc
Coklat ini Hairun (teman study d Uitm) telah tempah untuk husband nye yang akan pulang ke Malaysia selama seminggu. Semoga baby nye cepat sembuh. Aku jumpa Hairun ketika melawat anak nya masuk wad di hopspital pantai, Bangsar pada Sabtu lepas.



Hadiah Coklat Untuk Wedding Addy




Sempena perkahwinan rakan yang akan melangsung perkawinan esok, 7 April 2012, coklat yang dihias quilling inilah yang dapat aku kasi. Nak kasi hadiah barang2 lain, nanti Addy dah nak berhijrah ke Jambi. Jenuh nak berangkut pula :)

Thursday, April 5, 2012

Almond Truffle and Wafer Chocolate

Wafer Chocolate
4pcs = RM6

Almond Truffle
4pcs = RM8

Malam tadi sempat buat coklat utk Hairun serta membe yang lain.

Wednesday, April 4, 2012

Wafer / Cornflake Chocolate with paper quilling decoration for Sahdan Wedding


Heart Shape Chocolate ini pemberian aku untuk Shahdan. Aku buat dua jenis heart shape chocolate. Jenis yang pertama, coklat ada 2 lapis yang mana white chocolate lapisan atas dan dark chocolate lapisan bawah, manakala di dalamnya ada almond nut .

Heart shape chocolate yang satu lagi adalah praline. Fillingnya aku masukkan wafer flake. Aku nak letakkan nestum tetapi bila dah buat baru aku sedar nestum adik aku dah ambil dan bawa ke hostel dia.


Chocolate wafer flake dan corn flake ini tempahan Sahdan

Selamat pengantin baru buat Sahdan yang akan melangsungkan perkahwinan pada 22 April ni di FRIM Kepong

Beryls - Chocolate and cake demo


Beryls adakan demo coklat n cake. For those yang interested boleh la join pada 14 April 2012, pukul 10am-1pm. Nak join hanya perlu bayar RM25.

Pukul 2-4pm ada kelas chocolate truffle di Yummies . chef nye adalah chef Rose. Kelas chef Rose hanya perlu bayar yuran RM20.

Huhuhu..aku tak berpeluang nak masuk kelas ini. Pada hari yang sama ada kelas dengan Irfan Khairi d AeU. Harap my sis dapat hadir and share with me