Wednesday, November 7, 2012

The Power of Istiqfar

Kenapa kita perlu istiqfar? Selalunya kita beristiqfar bila memohon ampun pada Maha Esa setelah melakukan kesilapan sama ada lakukan dosa kecil atau dosa besar

Malam tadi topic training di Unit Trust Public Mutual, Bangsar adalah tentang metafizik. Kali ini speaker adalah external speaker, Roslina. Memang menarik sampai pukul 10 malam lebih  masing-masing baru  nak balik. Apa kaitan istiqfar dan metafizik? Ia melibatkan satu hukum: law of attraction yang mana apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa akan menghasilkan tenaga yang akan  bertindak balas daripada apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita fikir positif, maka tenaga yang dikeluarkan adalah positif juga dan begitu juga sebaliknya.

Oleh yang demikian, istiqfar adalah jalan untuk kembalikan tenaga positif sekiranya kita mengeluarkan tenaga negatif. Besarnya hikmahnya yang Allah berikan pada kita kenapa kita disuruh istiqfar banyak-banyak. Kita akan dapatkan rasakan kita berada dalam keadaan tenang semasa dan selepas kita istiqfar. Sebab itu juga istiqfar adalah salah cara membuka pintu rezki dan menambah rezeki.


No comments:

Post a Comment