Tuesday, November 22, 2011

Tart Base / Kulit Tat


Bahan:
450g tepung gandum
80g gula kastor
1 biji telur gred B
250g butter
1 sudu teh esen vanilla
sedikit air - jika perlu atau jika adunan keras

Cara:
  1. Pukul semua bahan tart base hingga sebati dan rata selama 5 minit.
  2. Ambil sedikit adunan dan dengan menggunakan acuan tat, bentukkan kulit tat macam di atas. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Jika nipis, kulit tat mudah patah.
  3. Selepas siap, cucuk-cucukkan di tengahnya dengan menggunakan garpu atau lidi
  4. Bakar bersama-sama acuan tat selama 15 minit, suhu 150c
  5. Keluarkan kulit tat dari acuan setelah sejuk. Hanya telangkupkan dan acuan akan tanggal... senangkan, tak perlu nak ketuk2 untuk keluarkan kulit tat dari acuan.....Jika susah juga nak keluarkan, picit-picitkan tepi kiri kanan acuan tu.... tengok mcm gambar kat bwh ni.

----------------------------------------------------------------------------------

Sabtu yang lalu aku try lak resepi tart base yang lain pula, follow resepi Bagus http://www.bagus.com.my/recipes_details.asp?id=102.
Bagiku resepi kulit tat ni lebih sedap dari resepi yang first. Begitu juga adik2 dan sedara aku pun kata resepi ni sedap....

Bahan-bahan:
250g tepung
15g tepung susu
60g gula kaster
170g mentega - dilembutkan
40g telur (1 biji telur saiz C)
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara:
  1. Campur semua bahan-bahan dan gaulkan hingga jadi doh
  2. Sejukkan selama 30 minit. (aku tak sejukkan, terus ke step 3)
  3. Kemudian, boleh la dibuat kulit tat guna acuan tat. Dah siap, cucukkan kat tengah2 tu.
  4. Bakar selama 10 minit, suhu 180c

No comments:

Post a Comment

Post a Comment