Monday, February 10, 2014

Kenali Budaya Syiah

Sepanjang berkenalan dengan seorang rakan yang berfahaman Syiah,
ada beberapa perkara yang berbeza dengan amalan golongan Sunni. Antaranya;

1- Syiah: Berpuasa penuh selama 3 bulan bermulanya dari bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan
    Sunni: Rejab dan Syaaban hanyalah sunat. Tidak perlu berpuasa secara penuh.

2- Syiah: Orang bukan Islam tidak akan dihidangkan daging yang telah diselawat ketika penyembelihan
    Sunni: Untuk agihan daging korban, hanya diutamakan kepada orang Islam. Namun, bukan Islam        boleh makan hidangan  daging korban tersebut.

3- Syiah: Sebelum /selepas makan akan mencubit garam
    Sunni: Amalan ini adalah sunnah Rasulullah. Namun, kebanyakan Muslim tidak mengamalkannya.   Kenapa ye??

4- Syiah: Amat memuliakan tetamu. Tetamu akan dihidang makanan dan tetamu perlu memakan (sebaik-baiknya habiskan) sebelum pulang.
     Sunni: muliakan tetamu juga. Kalau ada yang tak muliakan tetamu tu maknanya tuan rumah tu sombong la ataupun malas...Ye ke?

5. Syiah: Solatnya jamak.
   Sunni: Jamak ketika musafir sahaja

No comments:

Post a Comment