Saturday, June 25, 2011

Petua Chef Fauziah

Menghadiri kelas Chef Fauziah, bermacam-macam tips yang di perolehi. Antara tips tersebut:

  • tepung superfine = 3 kali ayak tepung gandum
  • Tepung naik sendiri = 1 kg tepung gandum + 3 sudu teh baking powder. Ayak 3 kali
  • Elak kek mengecut selepas dibakar, cepat-cepat angkat kek dan keluarkan dari oven dan terbalikkan. Jangan keluarkan kek dari loyang ketika itu. keluarkan kek dari loyang setelah sejuk
  • Agar kek rata: sebelum bakar, ketuk2 kan sebanyak 3 kali
  • Untuk sapukan krim atas kek, kedudukan spatula 45 darjah
  • Untuk cantikkan cheese cake ketika memotong, panaskan pisau terlebih dahulu
  • Sebab kek kecut lepas bakar kerana pukul gula caster dan butter agak lama serta tak korek2 bahagian bawah semasa mix gula dan butter. Lepas 5 minit kena berkenti kejap utk korek2 agar gula dan butter dipukul rata

No comments:

Post a Comment