Friday, July 27, 2012

Le Royale Cake


Le Royale Cake adalah kek yang mempunyai 5 layer yang terdiri daripada base, kek, topping chocolate, topping mocha dan glazing layer. Rasanya memang sedap. Thanks Chef Luqman dan Beryl's kerana ajar cara membuat kek yang sedap ini....
Base Le Royale
300gm nestum (better lebihkan)
200gm milk chocolate compound
100gm almond/hazelnut paste
1. Cairkan milk chocolate compound dan campurkan ke semua bahan serta gaul sebati
2. Sediakan tray (tray tanpa tapak). Ratakan base di atas tray yang telah dilapik dengan kertas silicon
3. Masukkan dalam peti sejuk
Topping Chocolate Le Royale
450gm whipping cream 31% lemak susu
88 gm syrup glucose
500gm dark 62% beryls gourmet chocolate
400gm pure unsalted butter
  1. Didihkan whipping cream dan glucose
  2. Masukkan dark chocolate dan gaul sebati
  3. Masukkan unsalted butter
  4. Masukkan dalam peti sejuk
Le Royale Cake
140gm telur
470gm gula kastor
185gm minyak jagung
95gm serbuk koko (terdiri drp koko merah dan hitam)
280gm tepung gandum
35gm baking soda
10gm baking powder
310gm full cream fresh milk
310gm whipping cream 31% lemak susu
  1. Pukul telur, gula caster, dan minyak jagung hingga kembang
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak bersama (tepung, soda, baking powder)
  3. Masukkan susu segar dan whipping cream yang telah dicampur bersama
  4. Masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 15-20 minit dengan sushu 170c
Glaze Le Royale
50gm air
250gm whipping cream
360gm caster sugar
120gm dark chocolate Beryls Gourmet 62%
15gm serbuk gelatine
15gm air sejuk
  1. Campurkan serbuk gelatin dan air sejuk dan kacau. Biarkan gelatin kembang
  2. Masak air, whipping cream, dan caster sugar hinggga semua bahan mendidih
  3. Kemuadian tuangkan bahan tersebut ke atas coklat sahaja
  4. Apabila semua coklat sudah cair, panaskan gelatin yang sudah kembang sebentar tadi
  5. Akhir sekali masukkan gelatin tersebut ke bancuhan coklat.
  6. Masukkan dalam peti sejuk
  7. Tuangkan di atas sebagai hiasan
 Kaedah susun kek
  1. Lapik kertas silikon atas tray
  2. ratakan base atas tray
  3. Sapu ganache atas base
  4. letak kek atas ganache
  5. sapu ganache atas kek
  6. letak lapisan kek lagi
  7. sapu ganache chocolate atau mocha
  8. curah glaze agar kek nampak berkilat dan cantik ats permukaan. Ketuk-ketukkan dan sejukkan dalm peti sejuk

No comments:

Post a Comment