Sunday, December 18, 2011

Kelas Percuma Coklat 7 Jan 2012

3 jenis coklat akan dipelajari di Rakan Semenyih: Hollow shell coklat, ganache untuk filling dan tempering coklat.
Syarat untuk ikuti kelas Beryl's ni kenalah beli 1 kg Beryls white chocolate (RM12.30) dan apa-apa pewarna oil base (RM6.50)

Tarikh: 7 Jan 2012 (Sabtu)
Masa: 11am-2.30pm
Tempat: Rakanda Semenyih, 18,20,22,22A-G , Jalan semenyih sentral 6, 43500 Semenyih, Malaysia
Get Directions

Thursday, December 8, 2011

Coklat untuk Azean



ini projek coklat homemade pertama aku. Yan jadi customer aku yg pertama.... thanks Yan

Wednesday, December 7, 2011

Egg Tart

Filling
210g gula caster
250ml susu segar
250ml air
4 biji telur gred B
1 sudu teh tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh pewarna kuning

  1. Kacau semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan tapis ke dalam kulit tat yang belum di bakar
  2. Bakar selama 25 minit
  3. Sekiranya inti tak lekat pada jari, maknanya dah masak
  4. Jangan masak terlalu lama kerana filling akan kecut

Fruit Tartlet


Bahan-bahan
coklat- dicairkan
buah-buahan sepertu buah naga, kiwi, anggur, etc

Filling
250g instant custard
625ml fresh milk


  1. Kacau bahan-bahan filling sehingga sebati
  2. Sapukan dalam tart base dengan coklat
  3. Paipkan filling dalam tart base
  4. Hiaskan buah-buahan yang telah dipotong

Thursday, December 1, 2011

Chocolate Oreo



Bahan-bahan
130g Colatta Mint Compound
Biskut Oreo

Cara-cara
  1. Double boil mint compound sehingga cair
  2. Biarkan sejuk, 35c
  3. Tuangkan separuh coklat ke dalam acuan bulat

  4. Tekan2 oreo. Tuang coklat ke atas oreo untuk tutup lapisan oreo
  5. Ketuk2 kan untuk hilang bubble dalam coklat
  6. Masukkan ke dalam freezer sekejap sehingga beku atau 5 minit
  7. Keluarkan dari freezer dan tanggalkan dari acuan

*Aku masukkan sedikit badam cincang ke dalam coklat ini
*Boleh letakkan edible image atas coklat setelah tanggal dr mold atau sebelum tu boleh lorekkan dgn dark chocolate before masukkan mint chocolate

Chocolate Praline



Blueberry Praline
Filling
100ml whipping cream
200g Colatta blueberry Compound
25g pure butter - option dan biasanya yg salted

Cara-cara
  1. Double boil whipping cream dan campurkan blueberry compound sehingga sebati dan cair
  2. Masukkan butter dan kacau sebati


Orange Praline
Filling
100ml whipping cream
200g Colatta Orange Compound
150g mix peel/kulit oren
25g pure butter - option dan biasanya yg salted

Cara-cara
  1. Double boil whipping cream dan campurkan orange compound sehingga sebati dan cair
  2. Masukkan butter dan kacau sebati

Strawberry Praline
Filling
100ml whipping cream
200g Colatta Orange Compound
50g blackcurrent
25g pure butter - option dan biasanya yg salted

Cara-cara
  1. Double boil whipping cream dan campurkan strawberry compound sehingga sebati dan cair
  2. Masukkan butter dan kacau sebati

Chocolate Praline

Bahan-bahan
130g white/dark chocolate Compound

Cara-cara
  1. Double boil white/dark chocolate compound sehingga sebati dan cair
  2. Biarkan sejuk lbh kurang 35c jika check termometer atau agak2 dah kurang panas dengan cara letak sedikit coklat atas tangan
  3. Masukkan white/dark chocolate ke dalam mold (ikut suka apa jenis corak) sehingga paras maximum
  4. Tuangkan coklat ke dalam bekas coklat semula dan bersihkan permukaan mold dgn menggunakan spatula
  5. Biarkan coklat kering sedikit.
  6. Paipkan filling ke dalam mold.
  7. Ketuk-ketuk mould sebab dalam coklat ada bubble
  8. Masukkan ke dalam freezer lbh kurang 5 minit. Jangan terlalu lama kerana nanti berpeluh
  9. Ketukkan mold untuk keluarkan coklat dari mold. Jangan paksa coklat keluar dari mold jika coklat susah hendak keluar dari mold. Masukkan semula ke dalam freezer.

Note Filling:
* Boleh masukkan white choc jika nak kurangkan warna
* Boleh simpan dalam freezer selama 1 bulan (simpan dlm container)
* Jangan guna pie filling kerana ia ada kandungan air
* Jangan letak filling yang bukan2 kerana akan down grade coklat

Cara Simpan Chocolate Praline:
* Suhu 18c-25c
* Boleh tahan selama 1 bulan jika simpan dalam suhu bilik dan 8 bulan jika ada air con
* Simpan dalam bilik yang kurang cahaya
* Selepas double boil, jangan terus masukkan ke dalam mold kerana coklat akan hilang shining dan coklat akan melekat pada mold
* Pegang coklat dengan menggunakan sarung tangan untuk elak kesan jari pada coklat