Thursday, December 1, 2011

Chocolate Praline



Blueberry Praline
Filling
100ml whipping cream
200g Colatta blueberry Compound
25g pure butter - option dan biasanya yg salted

Cara-cara
  1. Double boil whipping cream dan campurkan blueberry compound sehingga sebati dan cair
  2. Masukkan butter dan kacau sebati


Orange Praline
Filling
100ml whipping cream
200g Colatta Orange Compound
150g mix peel/kulit oren
25g pure butter - option dan biasanya yg salted

Cara-cara
  1. Double boil whipping cream dan campurkan orange compound sehingga sebati dan cair
  2. Masukkan butter dan kacau sebati

Strawberry Praline
Filling
100ml whipping cream
200g Colatta Orange Compound
50g blackcurrent
25g pure butter - option dan biasanya yg salted

Cara-cara
  1. Double boil whipping cream dan campurkan strawberry compound sehingga sebati dan cair
  2. Masukkan butter dan kacau sebati

Chocolate Praline

Bahan-bahan
130g white/dark chocolate Compound

Cara-cara
  1. Double boil white/dark chocolate compound sehingga sebati dan cair
  2. Biarkan sejuk lbh kurang 35c jika check termometer atau agak2 dah kurang panas dengan cara letak sedikit coklat atas tangan
  3. Masukkan white/dark chocolate ke dalam mold (ikut suka apa jenis corak) sehingga paras maximum
  4. Tuangkan coklat ke dalam bekas coklat semula dan bersihkan permukaan mold dgn menggunakan spatula
  5. Biarkan coklat kering sedikit.
  6. Paipkan filling ke dalam mold.
  7. Ketuk-ketuk mould sebab dalam coklat ada bubble
  8. Masukkan ke dalam freezer lbh kurang 5 minit. Jangan terlalu lama kerana nanti berpeluh
  9. Ketukkan mold untuk keluarkan coklat dari mold. Jangan paksa coklat keluar dari mold jika coklat susah hendak keluar dari mold. Masukkan semula ke dalam freezer.

Note Filling:
* Boleh masukkan white choc jika nak kurangkan warna
* Boleh simpan dalam freezer selama 1 bulan (simpan dlm container)
* Jangan guna pie filling kerana ia ada kandungan air
* Jangan letak filling yang bukan2 kerana akan down grade coklat

Cara Simpan Chocolate Praline:
* Suhu 18c-25c
* Boleh tahan selama 1 bulan jika simpan dalam suhu bilik dan 8 bulan jika ada air con
* Simpan dalam bilik yang kurang cahaya
* Selepas double boil, jangan terus masukkan ke dalam mold kerana coklat akan hilang shining dan coklat akan melekat pada mold
* Pegang coklat dengan menggunakan sarung tangan untuk elak kesan jari pada coklat

No comments:

Post a Comment