Tuesday, October 25, 2011

Macaron

Belajar buat macaron lak di Bagus, Kajang. Kali ni aku belajar dengan Chef Chee Seng lak.

Bahan A:
28g egg white - pastikan hanya putih telur sahaja
20g caster sugar
1/4 tsp color powder

Bahan B (disatukan):
40g icing sugar - diayak
40g almond ground


Cara membuat:
1. Pukul putih telur hingga bubble
bubble mcm ni

2. masukkan separuh caster sugar dan pukul
3. Masukkan balance caster sugar dan pukul lagi
4. Masukkan color powder (boleh masukkan sedikit demi sedikit)
5. Pukul hingga keras
6. Masukkan separuh bahan B dan kacau sebati
7. Masukkan balance bahan B dan kacau sebati lagi

chef Chee Seng sedang paipkan macaron

8. Masukkan dalam piping bag dan paipkan diatas dulang pembakar yang dialas baking sheet.(jangan guna baking paper)
9. Bakar selama 20 minit, 130c. Bakar menggunakan double tray.
10. Setelah masak (macaron tak bergoyang), keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sebelum isikan filling antara 2 macaron

 
Sedang letakkan filling kat macaron

White Chocolate Filling:
220g white chocolate
100g whipping cream
10g flavour (apa2 pun boleh - ikut suka anda)
20g butter (optional - for shining)

1-Cairkan white chocolate menggunakan double boil. Boleh diangkat walaupun masih berketul dan kacau hingga betul2 cair. Tetapi jk guna bukan white chocolate, kena kacau dalam double boil hingga cair.
2-Masukkan whiping cream
3-Masukkan flavour kesukaan anda. Kacau hingga sebati. Jika cair, biarkan selama 1/2 jam atau lbh


Butter Cream Filling:
200g butter (atau 100g butter + 100g krimwell)
100g golden syrup (boleh dikurangkan jk nak kurang manis)
1 tsp vanilla
10g flavour

Kacau semua hingga sebati, kelihatan berkilat / smooth


Note:
1- Jangan guna baking paper sebab macaron akan melekat pada kertas.
2-  Baking sheet boleh dibasuh dengan span. Jangan basuh mcm basuh baju...keh keh keh...
3- Oven:
    -Panaskan oven setengah jam agar over heat dan keluarkan wap
    -Oven berkipas utk elak wet
    -Bakar api atas n bawah
4- Semasa bakar macaron:
        - buka sedikit pintu oven agar wap dapat keluar
        - Pastikan oven tidak terlalu panas atau kurang kepanasan
5- Jika macaron pecah - kurangkan suhu oven
6- Jika macaron turun - naikkan suhu oven
7- Macaron boleh tahan selama semingggu jika tak isi filling. Jika isi filling selama 3 hari sahaja
8- Jangan guna non-stick tray kerana non-stick tray cepat panas

2 comments:

  1. salam kak. sy nak tnye knp macaroon sy melekat dan merekah? adakah cara sy pukul adunan salah ataupun perlu rest kan macaroon lebih lama lagi? harap akak dapat membantu :)

    ReplyDelete
  2. merekah sebab suhu oven agak panas sgt. Jika nampak merekah, kurangkan suhu. Buka pintu oven sikit semasa membakar. On kipas oven juga. Pasal rest macaron agak lama sebelum membakar tak ada masalah.

    ReplyDelete